Wednesday, February 23, 2011

Things That " You" Never Forget


Assalamualaikum kepada si pembaca tidak kira si anu mahupun si polan. Tengah-tengah malam macam ni biasanya adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan selesa hingga terbuai segala mimpi-mimpi indah.

Sambil melayani perasaan mengenang kembali apa yang terjadi hari ni dikala menunggu saat pejamnya mata yang teramat lah sepet. Teringat pulak pada kisah zaman kanak-kanak aku yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Zaman di mana bermain adalah segalanya. "Playing is everything". Bagi aku, zaman kanak-kanak aku adalah zaman yang paling aku rindui. Aku sayang sangat zaman kanak-kanak aku. Pelbagai kenangan bermain di mata aku ketika ini. Ehem... Metafora di situ. Credit untuk aku. =P

Kenangan pertama sekali yang terlintas di kepala aku ni masa aku kena tolak dengan Hafiz, jiran aku yang juga merupakan cucu kepada Atok Melah. Itu jelah namanya yang ku tau sampai sekarang. Atok Melah. Berbalik kepada Hafiz tadi, aku ditolak oleh dia yang lebih kecik dari segi umur dan juga saiz badan sampai terjatuh termasuk terjerumus ke dalam sungai bersama basikal yang aku sorong masa nak seberang jambatan depan rumah. Sekarang dah jadi parit. 

Sangat-sangat memalukan sebab kena tolak dengan budak kecik. Aduhai, apa lah nasib. Satu hari kena mengalan ( baca :: menganjing) dengan abang-abang aku. Pedih-pedih. Malu jangan cakap lah. Enough with that.

Aku jugak sebenarnya salah seorang pemain guli "kidal" yang boleh dikatakan handal berjuang sesama berganding bahu bersama abang-abangku. Setiap kali kami datang ke medan pertempuran guli pasti tidak cukup tangan untuk bawak balik guli ke rumah. Masing-masing ada tempat simpanan guli. Sekarang, guli-guli tu semua dah tersemat bersemadi di dalam "vase" kat sudut rumah aku. Yang besar tau... Bukan vase kecik. Terpandang saja sudah cukup untuk mengimbau kenangan lama zaman kegemilangan aku.

Banyak kisah-kisah aku masa kecik dulu kalau nak diceritakan tapi macam biasalah, takut tak habis-habis cerita nanti. Tak ter"post" entry ni. Tapi aku ada cerita last yang aku nak kongsi. Cerita ni paling sengal lah bagi aku. Sebab aku betul-betul kecewa dengan peristiwa ni. Haha!

Biasalah kan, budak kecik.. Mestilah layan Power Rangers. Hehe! Power Rangers Turbo kalau aku tak silap nama Power Rangers untuk season tu.
Aku teruskan dalam bentuk cerpen versi teramat pendek boleh? Mestilah boleh. Blog aku bukan? Haha!

=================================================

Jam telah pun menunjukkan 6.30 petang. Sudah pastinya masa yang aku tunggu-tunggu pada setiap hari Sabtu. Aku bergegas ke hadapan televisyen untuk menonton siri kegemaran aku. Power Rangers Turbo yang semestinya juga tidak pernah terlepas walaupun sekali.

Aku menukar kepada saluran TV2 kerana saluran itu sahaja yang menayangkan cerita Power Rangers kegemaran aku. Cerita bersiri telah mula dimainkan dan aku juga bertambah gembira.

Tapi malangnya pada hari itu abah, Turiman tidak mempunyai emosi yang stabil. Ditambah pula dengan kerenah abang-abang dan kakak- kakakku yang lain.  Tanpa ku duga, abah menyuruh aku tutup televisyen dan mandi. Aku terpaksa akur dengan arahan yang abah bagi sebab aku tidak mahu menjadi seperti Tanggang. 

Aku tidak berasa marah mahupun sedih kerana sangka ku panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat di tengah hari. Aku kira aku akan dapat menonton siaran tersebut selepas mandi dan sekaligus solat Maghrib. Ku kira siaran tersebut tidak bergerak (pause) setelah ku tutup televisyen. Dan akan boleh bergerak kembali (unpause) setelah ku buka semula.

Setelah selesai semua dilakukan, aku mengajak abangku untuk menonton bersama tetapi abangku enggan. Katanya siaran tersebut sudah tamat.

Apis :: Jom tengok Power Rangers. Tadi tak habis lagi.

Dekjam :: Malas lah. Dah habis dah cerita tu.

Apis :: Mana ada. Aku dah tutup TV dah tadi. Dah berhenti cerita tu. Nak pergi sambung balik lah ni.

Dekjam :: Dah habis lah. Aku tau lah. Aku lagi besar daripada kau.

Apis :: Ada lagi lah.. Degil lah kau ni. Harap je dah besar.. Tapi itu pun tak boleh nak fikir. (dalam hati :: aku dah tutup dah tadi. Bukan nak percaya).

Dekjam :: Kau nak pergi, pergilah. Orang cakap kau degil. Kau nak pergi tengok sangat kan? Pergilah.

Apis :: Nak pergi ar ni. Padan muka kau. Tak nak ajak kau. Menyesal kau tak tengok.

Dengan wajah riak serta berkobar-kobar untuk meneruskan menonton rancangan tersebut. Setelah suis dipasang, aku membuka TV... Jeng.. Jeng.. Jeng..

Setelah hampir satu jam aku duduk di hadapan (ruang tamu), aku masuk ke bilik. Ku lihat abang-abangku sudah tertawa sakan.

Dekjam :: Tu lah kau. Orang tua cakap kau tak nak percaya. Aku kan abang.

Apis :: Mana aku tau! Bodoh punya TV. Asal cerita tadi tak berhenti? Patutnya kan berhenti. Penat aku tunggu kat depan TV tadi. (rupanya memang siaran tu tak berhenti).

Dekjam :: Sejak bila pulak ada TV tunggu cerita? Kau tu je yang ngok. Aku dah bagitau dah tadi. Kau yang degil.

Apis :: Dah lah. Mana aku tau! (Dengan perasaan marah + malu yang teramat sangat) Muka pun merah padam. =(

========================================================================================

Kesimpulan daripada cerita di atas :-

1. Aku dapat pengajaran bahawasanya siaran TV tetap berjalan walaupun "plug" dimatikan.

2. Jangan melawan cakap orang. Malu diri sendiri nanti.

3. Itu lah kenangan paling hampeh sekali pernah aku ada. Sangat-sangat malu.


Itu saja kisah aku buat masa ni... Kalau aku tiba-tiba nak buat post part II pulak.. Aku post okay? Cuuun...

2 comments:

tantan said...

comel perangai :D

Meister said...

tantan :: comel?? memalukan kot.... haha!