Saturday, May 7, 2011

Mak!





Mak selalu cakap ::


"Kau tengking-tengking mak tu, cakap tinggi suara, kau tau berdosa tau tak?"

"Kau memang tak sayang mak"

"Kau tuuu je (bibir memuncung ke arah laptop), tak ada benda lain, cubalah tolong kemas ke, basuh pinggan ke?"

"Korang bukan reti nak bagi mak duit, kau tau mak hidup susah, nak beli tu tak boleh, nak beli lauk tak dapat"

"Pis.., tolong mak pis, kau jangan melawan cakap emak pis.. Tak baik"



Aku selalu cakap ::


"Mak ni mengalahkan polis pulak tanya macam-macam"

"Orang bukan nak tengking, nak tinggi suara mak.. Orang cakap slow nanti mak asyik tanya berulang kali je.. Penat pulak nak jawab"

"Mak memang tak reti nak bersyukur kan? Tak cukup ke apa yang ada sekarang? Ni je orang ada (sambil keluarkan duit dari dompet letak kat tangan mak).. Mak pergi beli apa yang mak nak beli tadi."

"Ya mak, nanti orang buat, nanti orang kemas" (Satu, dua or tiga jam kemudian baru gerak)
Kadang-kadang dah berkemas pun.. So, tak sempat nak kemas.

"Orang bukan nak melawan cakap mak, tapi kalau orang dah bercakap tu, mak bukan tau nak dengar.. Nak ikut kepala mak je.. Dah nasihat pun still macam tu jugak.. Macam curah air kat daun keladi."

"Mak pergi beli benda yang tak guna buat apa!!?"




Nampak tak aku anak yang macam mana? Teruk bukan? Mak sendiri tu..
Mak.. Kalau lah tau macam mana orang sayang kat mak..

Orang tau mak kecewa, mak sedih, mak sakit hati, mak sorang-sorang.. Abah pun selalu tak ada kat rumah.. Tapi mak... Macam mana orang nak buat mak happy, buat mak bahagia kalau mak terus-terus berdendam, terus-terus pendam masalah mak sorang-sorang.. Mak.. Kiteorang dah besar mak.. Anak-anak mak dah besar mak.. Kiteorang pun tak sanggup lagi nak tengok mak sedih macam ni je hari-hari.. Mak ingat kiteorang suka ke mak?

Mak selalu lepas geram kat kiteorang.. Cuba mak fikir mak, ada guna ke mak fikir benda yang dah jadi.. Bak kata Sepah semalam mak.. Barang yang lepas jangan di kenang mak.. Kiteorang try nak bawak mak jalan-jalan, sekali-sekala untuk mak lupakan semua tu.. Tapi.. asal masuk je dalam kereta.. Mak bangkitkan semua tu.. Macam mana mak? Macam mana? Apa lagi yang patut kiteorang buat mak? KIteorang semua tak nak mak.. Tak nak.. Kiteorang tak nak jadi anak derhaka mak.. Tapi macam mana mak..???

Mak...
Kami-kami ni.. Bukan tak nak bagi duit kat mak.. Bukan tak nak mak senang..Tapi mak... Asal mak dapat duit je.. Bukan-bukan mak beli.. Kena tipu sana, kena tipu sini.. Hutang sana hutang sini.. Beli ubat bukan-bukan.. Last-last ubat ke mana.. Mak?? Macam tu jugak.. Mak... Mak...

Kalau lah mak tau macam mana orang sayang kat mak...

Mak.. Gaji pertama orang mak.. Orang belikan mesin basuh untuk mak walaupun mak dah rosakkan sebab mak selalu membebel pasal mesin basuh.. Walaupun kecik mak.. Tapi.. orang bagi kan mak? Orang nak buat mak happy mak.. Mak nak makan apa semua orang bagi walaupun ada merungut sikit-sikit.. Biasalah.. orang malas nak pergi beli mak.. Hehe!

Orang suka bila ada kat rumah dengan mak.. Tapi mak selalu buat keadaan @ suasana dalam rumah tu jadi suram.. Mak cakap tu.. Mak cakap ni.. Mak.. Orang ni anak bongsu yang biasanya selalu dapat lebih pun tak dapat mak.. Orang tau macam mana mak rasa.. Orang pun tau macam mana rasa bila tak dapat apa yang kita nak.. Orang tau mak.. Orang tak dapat hadiah apa pun.. Kecuali lah laptop yang orang guna buat menaip ni mak.. Alhamdulillah.. Orang bersyukur mak.. Sebab orang tau mak.. Orang akan mampu beli semuanya sendiri..

Insya-Allah mak.. Kalau orang ada banyak duit nanti orang belanja apa jelah mak nak.. Orang cuba mak ea.. Orang tak pandai mak.. Tapi kalau hari-hari dapat doa mak.. Mesti orang boleh berjaya mak.. Kan mak kan? Mesti dapat kerja bagus-bagus (macam orang tua-tua cakap).. Masa tu lah orang boleh balas jasa mak selama ni.. Mak yang lahirkan orang.. Susah payah mak tarik hembus nafas nak kuarkan orang.. Mak yang jaga orang dari kecik sampai besar mak.. Mak susukan, mak pakaikan, mak masakkan.. Orang tak lupa semua tu mak..

Mak...
Sempena Hari Ibu ni mak.. Orang mintak maaf sangat-sangat mak..Orang nak cakap dengan mak.. Tapi orang segan mak.. Kalau mak kenal anak mak ni mesti mak faham.. Orang banyak dosa dengan mak.. Banyak marah mak, tengking mak, tinggi suara dengan mak.. Orang tak nak pun semua tu mak.. Orang tak nak mak jadi anak derhaka mak.. Anak buluh betung pun tak nak.. Mak... Orang hope sangat-sangat mak dapat kebahagiaan mak masa mula-mula kahwin dulu.. Ratu cantik kan..?? Haha! Orang doakan mak ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah di akhirat kelak..

Mak.. Selamat Hari Mak.. Special dedication to Rahimah binti Othman..

Senyum.. Tak perlu kata apa-apa

Wednesday, April 27, 2011

Dulu Kecik Kau Macam Mana?



Perjalanan kehidupan masa lalu




Assalamualaikum.. Sebelum memulakan bicara sepatah empat puluh plus plus kata.. Aku nak creditkan penghargaan kepada owner blog HaaaaCiiiiUmm!! dan Conteng-conteng kerana idea menulis daripada mereka.. Hehe! Sibuk jek nak tiru orang.. Haha!

Cerita ni berlatarbelakangkan kawasan perumahan di Kampung Melayu.. Latar bunyi biasanya bunyi ayam saja.. Latar masyarakat, rata-ratanya masyarakat Melayu.. Dah macam komsas Bahasa Melayu pulak..

Aku nak cerita macam mana perangai aku dan cerita-cerita aku masa aku kat tadika dulu.. Eh? Tabika ke tadika ek? Dulu-dulu masa zaman Tok Kaduk kecik-kecik dulu, aku panggil tadika.. Tak kesah lah pun kan..

Aku ada habit yang sangat jahat masa sekolah tadika dulu.. Masa tadika kan mesti ada masa bermain kan? Mas a tulah masa kegemaran aku........ Sebab... dapat main lah.. Lepas main, mesti ada barang yang hilang.. Semua gara-gara kawan aku punya kawan sebelah.. Which is.. AKU..!! Haha!

Masa tadika dulu.. Aku suka sangat bawak balik mainan, dari sekecil duit syiling plastik.. Hinggalah sebesar kotak tanah liat aku bawak balik untuk aku main kat rumah.. Huhu.. Tujuan aku curik bawak keluar duit tu dengan harapan aku dapat beli makanan ringan(sebut :: jajan) kat kedai tepi jalan simpang empat antara Jalan Utama dan Jalan Rahmat.. Last-last.. Makcik tu kata..

Makcik :: "Duit ni mana laku dik.."

Aku      :: Dengan muka terpinga-pinga (jajan dah terbukak, dah makan dah pun).. Aku terdiam..
                "Emm, boleh hutang tak makcik? Esok saya bayar.." 
                (dengan income yang aku dapat setiap hari, mustahil aku dapat bayar)

Bakal hak milik kekal.. Untunglah kalau dapat..


Tong.. tong.. tong tong tong.. Tong tong tong.. Tong.. (Ni bukan bunyi loceng menara tau.. Ni bunyi motor Vespa JH 1477 kepunyaan bapak aku.. Alamak..!!)


Abah    :: "Beli apa tu? Dah bayar belum?"

Aku      :: Sekali lagi aku terdiam..... Aku gagahkan diri untuk bercakap.. "Emm..."
                 Belum sempat aku berkata-kata.. Makcik mencelah..

Makcik :: "Ni ha, dia bayar pakai duit ni beli jajan.. Mana laku.." Sambil menunjukkan syiling 
                 plastik di tangannya..

Tanpa berkata-kata, abah terus keluarkan duit dan membayar duit jajan aku beli tadi..

Aku naik motor dan duduk kat port biasa aku.. Motor Vespa terus meluncur laju pulang ke rumah..

Dan.... untuk pengetahuan korang.. Income aku masa tadika adalah sebesar RM0.00... Sebab masa tadika kan ada rehat.. Dapat makan free.. Hehe...!! Sebab tu lah aku tak dapat nak bayar duit jajan tu.. 

End of Part 1.

Jom Couple!

Mari membina cinta kita



Assalamualaikum.. Hah! Kita berjumpa lagi di alam serba maya ni..
Disebabkan tetiba ideologi ni terbit di kepala aku.. Aku terpaksa lah keluarkan dia dari situ dan bawa ke tempat lain.. So, blog ni lah yang jadi mangsa..

Aku ada terbaca dekat kertas(sebut :: paper) Berita Harian yang bertarikh....  Aku pun tak ingat tapi dalam minggu lepas la pasal kisah2 menarik yang berlaku kat Pantai Klebang, Melaka.. Merupakan port paling strategik untuk orang-orang yang gatal telur dah tertunggak bil air tak kira lelaki mahupun perempuan..

Orang pergi pantai sebab nak amati keindahan pantai.. Korang pergi pantai pergi amati pasangan masing-masing.. Apa cer? Oh, dan ya.. Kebanyakannya adalah pasangan duet yang dipanggil "couple".

.:: Kepada couple-couple ::.

- Kepada kalian yang dah memang gersang bernafsu tahap tak tertahan lagi.. Aku syorkan pantai tu untuk korang.. Sebabnya...

1- Lokasi strategik dan menarik
2- Polis tak ronda kat situ (Tapi kalau lepas artikel tu keluar, diorang start ronda.. Nasib korang lah yer)
3- Takda idea dah.. Dua jek aku bagi.. Cukup lah kan..

.:: Kepada tunggal(baca :: single) ::.

Kepada yang single.. Yang bil air tak reti-reti nak bayar.. Moh lah aku tolong korang carikan couple.. Dah dapat nanti.. Korang pergilah langsaikan hutang korang tu sama-sama cikaro korang..
Aku orang pertama yang panggil(sebut :: call) JAKIM, JAIS, JAIM dan segala JA lah yang ada.. Siapa suruh menggedik sangat nak berasmara semai kasih kat public.. Kan dah kantoi.. Haha!

Nota kaki :: Beringat-ingatlah kalau dah ada couple tu ya.. Jagalah dia baik-baik.. Lelaki patut protect perempuan.. Bukan jahanamkan perempuan..

Saturday, April 23, 2011

Remind Me Of Fine Days




Assalamualaikum.. Lama benor rasanya den tak update apa-apa kat blog den ni ha.. Not in a mood.. Hati berkecamuk, jiwa berduka lara, kecewa jiwa merana.. Haha! Enough with that..

Tujuan den mengepost entry ni adalah untuk menunjukkan gratitude kepada seseorang yang memang da boleh dianggap tua abang tapi den tak mau ar.. "ekau kuat membongak jo kojenya.. masak den dengan ekau"..

Risen Salvatore :: Ah, kau ni! Tak payah la nak beremak lidah(baca :: bermother tongue) nogori.. Loghat nogori pun tak tau.. 

Gundam Meister :: Kau ni memang.. Ada jek kau ni nak bahan aku.. Memang tak boleh tengok aku senang kan..


Former City :: Shah Alam (SA)
Current city :: Johor Bahru (JB)

Lepas penat lelah aku bertungkus lumus mengharungi hari-hari berpraktikal di InED Intekma Resort selama 107 hari bersamaan 385200 saat dari 3 Januari 2011 sampai lah 19 April 2011, akhirnya tamat jua.. Sepanjang tempoh berpraktikal, aku menetap bersama dua rakan sepraktikal Dani dan Faizal juga tidak dilupakan penghuni-penghuni Jasperian yang lain.

Hadiah buat kau.. Aku tau kau minat benda teletabis ni kan.. Haha!

OK.. Kembali kepada tajuk utama..  Aku sebenarnya nak bagi gratitute kepada Mohd Faizal Alias @ Fallen Salvatore @ Fallen Alias @ Fall Nish, pemilik blog Psikopat Chenta yang telah banyak mengajar aku sepanjang aku menetap di Shah Alam. 

Perangai dia memang tak terkira buruknya baiknya.. OK.. Aku tipu.. Dia ni kalau tengok biasa-biasa je orangnya.. Tapi kalau korang try operate otak dia tu.. Macam-macam ada.. Daripada sesuai untuk tontonan umum sampailah ke 18SG dan 18SX.. Haha! Jangan marah ya.. Bercakap berdasarkan pengalaman..

BUT.. Dia lah yang banyak ajar aku erti kehidupan.. Apa yang aku belajar? Tak payah tau lah ya.. Dari tajuk cinta sampailah macam mana nak survive kat dunia ni.. Haha.. Kalau kau baca ni Fall.. Terima lah seadanya yop.. Terima kasih banyak-banyak kawan.. Kirim salam mereka-mereka yang bergelar Jasperian dan yang bakal sekali yep..

Pesanan buat kau Fall :: Jangan nak jadi romeo sangat kau.. Curang je.. Aku report sama mereka nanti.. Haha! 

Nota Kaki :: Apa pun tak boleh.. Haha!

Wednesday, March 16, 2011

Jangan Melintas Seperti Ayam II




nota ubun :: Sebelum korang berniat nak habiskan baca post ni.. Baik aku bagitau dulu.. Post ni tak menarik.. Aku baca pun buhsan.. Kalau nak baca jugak.. Dipersilakan..

Assalamualaikum kepada readers blog ni. Maaf ya sebab tak dapat nak menge"post" entry pada hari-hari sebelum sebab ada gangguan emosi sikit a.k.a. demam rindu lah sebabnya.. Kihkihkih.. Actually banyak sangat benda berlaku lately. Masalah family, diri, kawan-kawan, emosi, perasaan, feeling (saja boowat bebanyak) dan tak lari juga, KERJA. Tapi biarlah ku saja yang tahu orait.. Cuuun...

Seperti yang korang lihat, tengok dan perhatikan kat tajuk nun kat atas tu. Tajuk entry ni adalah "Jangan Melintas Seperti Ayam II". Aku stresskan II kat situ sebab entry kali ni adalah kesinambungan daripada entry sebelum ni. Ibarat cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah meneruskan legasi Zombi Kampung Pisang. Ibarat.. Ibarat.. Ibarat apa ek? Korang pandai-pandai lah cari (Tekan dekat sini). Sarkastik sangat-sangat. 

                                                                = = = Next chapter = = =

Selepas kami menjuarai kejohanan (baca : : pertandingan) lalu lintas pada peringkat negeri. Kami dapat meneruskan serta mewakili Johor untuk ke peringkat Kebangsaan. Cool bukan? Tapi jadi tak cool bila korang tak tau apa benda lah kami masuk ni kan? Pelik-pelik je. Oh, wadehel? Kami dah masuk dah pun. Event ni pun da berlaku 7 tahun yang lepas. Just to make it an event, I make it blogged. Haha! Apa punya ayat lah tu. Hentam saja okay..

Setelah dipendekkan cerita.....


HOT bukan?
Tiba masa untuk kami bertolak ke Kuala Lumpur untuk pertandingan. Sepatutnya kami akan hanya bersama pelajar sekolah rendah yang turut mewakili Johor tapi bagi peringkat mereka lah kan. Belum sampai tahap kami. Ngee~~ Akan tetapi, ada dua pelajar sekolah menengah daripada sekolah Premier kononnya turut serta untuk mewakili bagi pertandingan melukis poster yang sepatutnya diwakili oleh salah seorang daripada kami jugak. But.. Wadehel? Puas hati ke tak tetap mereka ni pergi jugak kan? Dah tetapkan dah pun. And guest what? One of them is very attractive, in the simplex term.. HOT! Ramai yang di antara kami tidak keruan terutama lelaki lah kan sebab sangat mengancam, mencengkam dan segala me... lagi yang ada. Oh, lupa pulak.. Tidak terkecuali jugak ada perempuan yang jealous sebab takut "market" jatuh. HOT kan? Bak kata seseorang rakan sesawang mukabuku aku! Agak-agak dia perasan tak ni dia?

Tiba di International Hotel, Kuala Lumpur..

Kita skip the boring part.. Blah blah blah... and blah again and again.. Sebab tu semua part kami check in, siap-siap.. Mandi-mandi.. Rehat-rehat.. Nothing interesting lah. Sampai lah tiba untuk dinner!

Masa dinner ni lah terbit segala pertegangan perasaan "cemburu", rasa tak puas hati, insecure, childish and to express in easy word is STUPID.


Lan :: Waiter. Waiter. Nak tambah air.

Risen :: Eh? Kau ni. Gila berlagak kau panggil abang tu waiter. Hormat la sikit. (Here's where it goes wrong)

Lan :: Betul lah panggil dia waiter. Dah memang kerja dia.

Risen :: Memang lah. Tapi kan kita sekolah lagi kot.. Panggil abang je sudah..

Lan :: Eh? Kau ni.. entah apa apa je.. Orang lain okay je.. Kau lebih..

(And the fight continues on and on.. Tak perasan pulak.. Tanpa disedari, si HOT rupanya perasan dan memerhatikan kami bergaduh)

Masa ni.. seriously.. kalau ingat balik.. betapa kunonya aku.. Tak pernah masuk hotel punya pasal aku cari pasal dengan orang bajet bagus. Haha!

To be continued... (Dah tepu otak.. Tak ada idea nak menulis.. Dah tiga minggu macam ni.. Tak boleh fokus.. Mengapakah?)

Thursday, February 24, 2011

Sambutan Hari Lahir Yang Pertama




Assalamualaikum kepada peminat-peminat blog ni tanpa mengira umur dan juga kepada bukan peminat (sambil buat muka kerek mintak penampar). Selamat malam juga kepada anda sebab masa aku "too list" entry adalah tak lain tak bukan, malam. Enough with the intro. Just the same from before. How lame... Boring...... (expression :: sangat annoying).

Macam @ seperti yang korang dah nampak dengan jelas dan nyata, tajuk entry kali ni adalah "Sambutan Hari Lahir Yang Pertama". Kenapa tajuk ni seyh? Mustahil lah aku boleh ingat masa umur aku satu tahun. Memang mustahil! Aku pun tak tau macam mana aku masa umur aku satu tahun. Tapi... Oleh kerana aku ada jurus handalan, aku boleh ingat macam mana exactly sambutan hari lahir aku yang pertama. Terer (baca :: handal) tak aku? Aku boleh ingat. =D

Sedap gila kek ni. Secret Recipes plak kan.. Korang ade?
Annoy gila.. Sarcastic pun ye..
Tapi...
Bukan kek aku.
Sambutan hari lahir aku yang pertama di sambut pada tanggal 30 Julai 2008.. Itulah kali pertama aku dapat apa yang insan-insan lain dapat. Sambutan hari lahir. Sadis bukan? Sadis gila-gila.. Sebab tu aku boleh ingat apa yang berlaku sepanjang majlis tu. Penantian aku selama 17 tahun telah berakhir pada hari tersebut even lambat satu hari daripada tarikh sebenar. But.. Wadehel? Aku dah dapat apa yang selama ni aku tak dapat bukan. So, bila aku nak buat list benda yang aku pernah buat, aku boleh checked (tandakan betul) untuk birthday party. Jangan jealous mealous tau.

Oleh kerana inilah kali pertama aku dapat birthday party, mereka (akak, abang, mak, abah kerja tak silap, anak sedara) buat tempahan @ reservation kalau diterjemahkan ke dalam bahasa "ink-grease" dekat Kampung Pasifik Campuran Kentucky Fried Chicken (KFC). Wow! Dapat makan besar aku. Ditambah seri bunga mewangi. Ceh! Ada lah decoration yang KFC tu buat. But.... Nice.... (mood :: sangat riak dan annoying as always).

Tak cukup dengan tu, majlis diserikan lagi dengan kek daripada Secret Recipes tau. Oppss.... almost forgot! The cakes got chocolates too. Lot's and lot's of it... MMMMmmmm.... Sedapnya... (terasa nikmat setiap cebisan kek). Mesti korang tau kan rasa kek Secret Recipes macam mana...

All of this is more than for me but that's not all kata mereka. Benda paling asas dan paling utama keluar daripada mulut pepara wanita which is...... "Awak.. Hadiah hari jadi saya tak ada?". Ye... Aku dapat hadiah-hadiah (memang banyak) daripada family aku. Cukup satu set untuk aku berlagak macam orang kaya baru (OKB). Hadiah mana aku patut bagitau dulu ye? Hmmm.. I got an idea! Baik aku listing je lagi senang. Tak memeningkan otak kedua-dua belah pihak (Korang yang tengah baca dan aku).

1 :: Sebuah motosikal (Wave 125) hadiah daripada ayahandaku dan bondaku tercinta. Even dia tak ada masa tu. Motor tu dibawa oleh abang aku ke KFC tersebut. Ku fikir motor dia. Tapi.. AKU PUNYA!!!.

2 :: Sebuah Sony PlayStation II yang juga merupakan idaman hatiku pada waktu dan ketika tu. Sengat-sangat terharu.. Sekian lama aku menanti untuk memiliki benda tu. Akhirnya tercapai jua. Abang-abang aku memang terbaik! Sekarang mungkin dyorang dgn anak sedara aku yang kerjakan "game" tu. Takpe.. Aku kan baik hati.. Sarkastik seyh kau..

3 :: Akak aku yang pertama buatkan kek kukus coklat untuk aku menelan kak umah. Kek coklat yang dia buat memang sedep!! Kalau dia nak jual pun buleh. Tapi tulah.. Bukan senang nak berniaga sebab dia pun bekerja. Selain tu, dapatlah aku sehelai kemeja jenama ............ Santek tu..

4 :: Last but not least, akak aku lagi sorang bagi kasut jenama ............ Wow! Dia tau yang adik dia ni memang kaki gatal berjalan. Memang dan sesangat sesungut tak sah lah kalau tak melekat kat rumah. Asyik berjalan je...

p/s :: Jenama @ brand kemeja dan kasut adalah sama.. _ _ _ _ .. Korang teka lah sendiri. Aku tak nak lah nanti korang kata aku riak pulak kan nak bagitau segala. Okay? Aku dapat jenama Nike.

Lepas habis je parti hari jadi aku tu, kami beramai-ramai meramaikan tempat yang memang dah sedia ramai dengan orang ramai. Berapa banyak ramai daa... Kami pergi.. BOWLING. Of course, aku sebagai birthday boy tidak perlu mengeluarkan sesen pun. Haha! Macam Raja Sehari. Sudah semestinya dan dah tentu sangat-sangat saya tidak memenangi (baca :: kalah) permainan Bowling tu sebab saya tak pandai main. Haha! Sadis seyh. Apa pun tak boleh.

SO..... Macam tulah kisah yang berlaku masa birthday party aku yang pertama. Cuuuuun bukan? Jeles tak.. Jeles tak..? Should be.. Haruslah (nada :: macam wawa)... Tapi... ada satu je masalah.. Semua yang korang baca start daripada KFC tu tadi adalah bohong belaka. Aku saja je nak tengok korang tertipu tak tertipu dengan cerita aku yang aku rasa agak meyakinkan walaupun sikit. Haha! 

Oleh kerana aku takut mungkin ada yang akan baling kerusi meja pinggan mangkuk pada aku nanti bila jumpa. Aku belanja korang tips untuk mengurangkan rasa marah. Cubalah.. Mana lah tau berkesan..

1 :: Tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam.. Hembus perlahan-lahan.. Ulang 3 kali tau. 

2 :: Buat mimik muka macam ni (  =D  ) selama 3 minit. Lebih mujarab buat depan kawan-kawan.

Itu saja tips kita pada hari ini ya tuan-tuan dan puan-puan. Pasti berkesan untuk gaya hidup yang sihatGerenti dyorang cakap korang gila tiba-tiba senyum sorang-sorang.

Apa-apa pun aku nak habiskan cerita aku.. Cerita yang sebenarnya.. Kali ni korang boleh percaya. Sebenarnya birthday aku sambut kat rumahku syurgaku.. Tiada tempat lain yang buat aku seperti berada di rumah (dah memang kat rumah) dan lebih buat aku bahagia.

Aku baru balik dari kem motivasi apa entah. Tak ingat la pulok! Mereka kata rumah gelap tak ada elektrik. So, aku pun percayalah... Yang geramnya tu, jiran-jiran pun turut bersubahat mematikan lampu dan semua elektrik kat rumah. Sangat jahat tapi indah-indah belaka..

Setibanya di rumah. Aku bukak pintu jek, dan-dan terus dyorang nyanyi..

Happy Birthday to YOU..
Happy Birthday to YOU..
Happy Birthday to APIS..
Happy Birthday to YOU..

Korang agak apa reaksi aku masa ni? Betul... Betul sekali.. Masuk terus ke dalam rumah dengan muka merah menahan malu. 

Meister :: Apa lah.. Dengan family sendiri pun malu. Hampeh!

Risen :: Nak buat macam mana? Dah memang malu.

So, kami pun buat lah apa yang selalu ada kat mana-mana birthday. Tiup lilin, potong kek, makan. Part yang best sekali. Akak aku memang buat Kek Kukus Coklat yang aku suka tu. Masak Mee Hoon Goreng, Nasi Goreng, Ayam Goreng, Nugget, Sosej, Kentang dan macam-macam lagi yang pastinya membuatkan anda semua terliur di pagi hari ini. What? Ya.. Dah pagi dah. Sampai ke pagi aku buat entry ni. Lama tu...

Hadiah? Korang nak tau hadiah apa yang aku dapat? Taklah mahal macam senarai kat atas-atas tadi. Tapi aku dapat yang lagi mahal. Mitsubishi Lancer. Nampak sangat menipunya. Haha! Tapi nilah hadiah yang paling mahal aku dapat. MEREKA! Mereka lah hadiah aku yang paling bernilai sekali. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menghadiahkan mereka padaku walau hanya seketika.

Aku tak kisah segala harta yang ada kat dunia ni. Aku lebih sayang mereka dan "of course" hari jadi pertama aku adalah the best day ever happened in my life. So, chill. Sit back and relax. Assalamualaikum..

Wednesday, February 23, 2011

Sudikah Awak Menjadi Teman Wanita Saya?




It's look something like this.
Assalamualaikum kepada semua readers. As far as yang korang tau, korang nampak dan korang faham tentang tajuk entry kali ni. Boleh teka tak apa yang akan jadi seterusnya selepas ni? Kalau nak tau teruskan lah membaca entry ni sampai termuntah.

Kepada kengkawan semua tidak kira tua muda, miskin kaya, lelaki mahupun perempuan, untuk entry ni aku nak cerita something pada korang pasal proposing (baca :: melamar). Sebelum aku ajak masuk lebih dalam cerita aku. Lebih baik aku bagi sikit definisi melamar. Jeng.. Jeng..

Melamar boleh diberikan makna sebagai meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Seperti yang aku katakan tadi, aku bagi sikit saja definisi melamar. Nak more info, korang boleh je kalau nak gunakan khidmat Mr. Google. So, maknanya aku dah salah erti melamar? Sebab aku bukan jadikan dia isteri tetapi teman wanita. Boleh guna jugak kan. Please let me through this time. Aku memang bukan desperate tau.

Aku nak ceritakan salah satu cara aku "melamar" yang paling tak masuk akal dan paling tak romantik langsung. Of course ramai perempuan yang nak romantik-romantik gitu. So, it's not me. I'm not a romantic person. Sorry to dissappoint you. Gila poyo! Bajet HOT je. Cerita ni aku akan buat secara se"simple" yang mungkin sebab aku tidak mau buat entry panjang-panjang sebab nak kejar masa. Nak tengok perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dan Pakistan.

Ceritanya bermula apabila aku telah membuat keputusan untuk "melamar" si gadis pujaan buah hati pengarang jantung and whatsoever. Aku telah membeli seutas rantai dan sebentuk cincin untuk dijadikan sebagai loket. Harganya.... Tak perlu lah kot kan. Ya.. Ini yang terlintas di akal fikiran tatkala itu.

Aku tau masa tu dia langsung tidak tau menahu tentang ni. Sebab aku nak buat surprise. But, it tooks long enough sebelum aku dapat lakukan babak "melamar" ni sebab masa tu ada jugak saingan daripada lelaki lain. Korang dah besar kan? Faham-faham jelah. Kalau tak faham jugak... Komen lah nanti kita cerita. Okay?
Cuuun..

Hampir sebulan aku simpan rantai tu. Sampai lah satu malam pada tanggal ..................

Macam biasa, kami bersama kawan-kawan lain jalan-jalan strolling pada waktu malam untuk menghirup udara yang segar nan indah pemandangan di bawah sinaran lampu-lampu jalan dan juga sinaran bulan.. Not much to talk about the scene and the storyline. Aku just nak bagitau korang macam mana aku "melamar" je bukan? So, bagi aku tekan button forward kat remote controller kejap. Zzzttttt........

Jam di tangan dan di dinding-dinding mahupun telefon bimbit mungkin sama menunjukkan hampir tiba pukul 12.. So, aku ambil keputusan untuk "melamar" masa tu jugak.. Aku dah tak mahu tangguh lagi. Dengan berbekalkan azam dan semangat waja serta bantuan daripada scenery persekitaran yang dem! what am I doing here. Kat sini ke aku nak "melamar" dia? Di tepi sebuah tabika kemas, di hadapan longkang. Nothing can get any worse. Di longkang itu aku "melamar".

Di saat hampir dia berlalu pergi, aku memanggilnya..

Aku :: Cuba tengok ni, saya jumpa apa? Saya jumpa rantai dengan loket ni tadi masa jalan. Cantik bukan?

Dia :: Ha'ah.. Cantik.. Nampak baru lagi kan?

Aku :: Tau takpe. Cuba awak try. Cantik kot. Saja nak tengok awak pakai cantik ke tak. Dah alang-alang jumpa kan?

Dia :: Taknak lah. Bukan saya punya. Orang punya kan. Awak pun kata awak jumpa.

Aku :: Takpe. Try jelah. Try ea?

Dia :: Ok. Jap. Awak pakaikan boleh?

Aku :: Dengan segan silu tersimpuh malu. Aku pakaikan jugak. Walaupun teramat merah muka masa tu sebab malu.

Dia :: Cantik lah awak rantai ni..

Aku :: Cantik kan.. Awak pakai jelah.. Saya bagi pada awak.

Dia :: Eh? Suka-suka awak je nak bagi pada saya. Bukan awak punya..

Aku :: Awak pakai lah. Saya memang beli untuk awak. Saya nak "melamar" awak jadi teman wanita  (baca :: pasangan) saya.

Dia :: Eh? Awak ni janganlah main-main. Orang punya kan. Tadi awak kata awak jumpa masa jalan tadi.

Aku :: Well, macam mana nak cakap ek?  Saya tipu. Saya beli untuk "melamar" awak. Saya ada resit. Nak tengok?

Dia :: Emm.. Takpe-takpe. Awak..!! Kat sini awak "melamar" saya?

Aku :: Haha! Tu lah.. Saya pun dah pelik dah. Haha.

Dia :: Saya nak awak "melamar" saya sekali lagi. Betul-betul. Yang real punya. Boleh?

Makan masa 5 minit jugak (Lebih rasanya) nak betul-betul sedia. Al maklum lah. Aku ni pemalu bukan? Setiap kali nak try je mesti tertawa sebab muka dah merah padam. Malu sangat-sangat.

Aku :: Awak.. Sudikah awak jadi teman wanita (baca :: pasangan) saya?

Dia :: Tak.. Tertawa sinis.. Saya setuju..

Yahoo! And that's how I "melamar" perempuan jadi teman wanita. Bila ingat balik, sangat kelakar memandangkan scene yang "menarik". Kredit untuk persekitaran tersebut walau tak berapa nak menarik sangatlah kan.

Macam tulah ceritanya... Cerita aku tak lah best macam Beauty and The Beast, tak juga seindah Cinderella dan macam-macam lagi cerita cinta yang ada. Hanya sekadar berkongsi pengalaman aku. Aku rasa masa dah time untuk tengok bola. So, aku chow dulu okay? Assalamualaikum.

p/s :: last-last panjang jugak cerita akuh. Haha! Whatever! This is my story. Yang tau pasal cerita ni.. Diam-diam je and buat tak tau okay? That means No Name.

Jangan Melintas Seperti Ayam

Ayam Kak Limah terlepas.. Tangkap!!

Tengah-tengah aku naik motor dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku teringat lagi peristiwa lama selepas melihat seorang budak melintas jalan raya di hadapan motor kami. Oleh itu, kali ni aku nak post something yang dah lama sangat berlaku. Peristiwa sekitar tahun 2004. Ya.. Semasa aku berada di Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru.

Oppsss... Before that. Sebelum itu. Maaf atas ketidaksopanan aku. Assalamualaikum kepada semua readers dan selamat pagi kepada yang bukan beragama Islam. There, I did it again. Ada ke readers selain kawan-kawan aku? And most of them actually Muslim. Sarkastik sungguh aku. Aku jugak nak ingatkan tajuk entry ni tak ada kena mengena dengan isi. =) Peace!

Aku sambung balik semula cerita aku tadi okay? Peristiwa ni terjadi apabila cikgu ......... Maaf cikgu.. Saya keterlupaan nama cikgu. Tapi tetap kredit untuk cikgu sebab cikgu punca semua tu terjadi. Haha! Macam tragedi pulak.

Buat masa sekarang kita namakan cikgu kita cikgu Halim saja senang. Semuanya bermula bila cikgu Halim menawarkan aku dan beberapa rakan-rakan kelas yang lain semasa waktu rehat.

Cikgu Halim :: Kamu nak masuk pertandingan tak?

Kami :: Pertandingan?? Pertandingan apa tu cikgu?

Cikgu Halim :: Pertandingan Lalu Lintas. Cikgu pun tak tau sangat. Tapi cikgu kena "handle". Nak?

Kami :: Huh? Tak pernah dengar pun cikgu. Tapi boleh kot.

Cikgu Halim :: Ajak lah kawan-kawan yang lain. Cikgu nak dalam 20 Orang. (20 ke? Dah tak ingat pulak). 


Bila cerita yang panjang ni dipendekkan, kami pun berjaya mengumpulkan rakan-rakan perjuangan kami. Kami pun diberitahu tentang pertandingan lalu lintas yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tapi.. Yang menyedihkan, tak ada seorang pun yang faham apa benda pertandingan ni. Yang kami semua faham, akan ada yang menaiki kereta kayuh mewakili kereta sebenar, basikal mewakili motosikal dan pejalan kaki mewakili pejalan kaki. Maaf untuk pejalan kaki tetapi anda memang mewakili diri sendiri. Annoy gila aku ni.

Bila cerita yang dah pun dipendekkann dipendekkan lagi....
Tiba lah hari jadi.. Opss.. Hari pertandingan tersebut telah pun tiba. Kami dengan muka "confident" lagi yakin dan "slumber" yang teramat sangat datang bertandang ke JPJ Johor untuk menyertai pertandingan tersebut. Alangkah terkejutnya... Jeng.. Jeng.. Jeng.. Baru ku tau yang pertandingan tu rupanya pertandingan peringkat negeri. Aku mewakili daerah Johor Bahru. Aku mewakili daerah Johor Bahru. Aku mewakili daerah Johor Bahru (mimik muka :: sangat terkejut). Sangat-sangat annoy nak ulang banyak-banyak. Baru aku tau macam mana perasaan mewakili daerah yang tak pernah dikecapi sebelum itu.

Hampeh kena saman (Ini bukan aku)
Oh, hampir terlupa. Aku mewakili daerah Johor Bahru sebagai penunggang motosikal a.k.a. basikal. Gila sarkastik. Yang lebih menarik dan amat mengujakan kami semua adalah.... Kami hanya belajar asas sahaja. Diulangi.. Asas sahaja kami belajar untuk pertandingan tu. Kami datang tanpa persediaan sedangkan wakil-wakil daerah lain sibuk berlatih memenuhi ruang trek.





Kereta kayuh Shell =P
Kayuh jangan tak kayuh yop!
Pertandingan pun bermula...
Kami duduk berhampiran trek untuk memerhatikan kumpulan lain bertanding. Banyaknya saman mereka dapat.... Sedangkan mereka berlatih lagi lama.. Apatah lagi kami.. Berapalah saman kami dapat nanti. Tiba giliran kami. Kami buat dengan sepenuh daya dan kudrat serta keringat dicurahkan semasa pertandingan. Tanpa ku duga.. Sangat senang saja rupanya pertandingan itu tetapi tetap merasa pelik kenapa ramai sangat dapat saman?? Wadehel?? Setelah kumpulan kami selesai, kami hanya dapat 7 saman secara keseluruhan. Aku macam mana?? Tak ada saman lah. Maaf kepada sesiapa yang kecewa ingat aku akan dapat banyak saman. In fact, aku lah orang terawal habiskan semua perhentian @ "checkpoint" yang perlu dibuat. Ngee~~

Dipendekkan lagi kepada kemuncak ceritera telenovela ini. Cer cerita cer cerita. Tiba masa untuk penyampaian hadiah. Kami semua tak berharap pun kemenangan sebab kami tau kami tak berlatih.. Tanpa aku duga.. Sekolah kami mendapat tempat pertama sekaligus membawa pulang Toyata Vios setiap sorang. Perghhh... Alangkah indahnya kalau betul.. Korang strike kan sendiri lah ayat kat atas tu. Aku tak sempat. Sekali lagi aku menjadi seorang yang annoying. Hehe! Maaf.... 

Kami berjaya mewakili Johor untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan. Lagi pencapaian yang tak aku duga dalam hidup. Aku wakil Negeri Johor. Aku wa... Sekali cukup bukan? Takkan nak ulang bebanyak.. Aku juga terpilih sebagai penunggang motosikal terbaik. Basikal je sebenarnya. Itu pun nak kerek. Dapat membawa pulang medal dan sebuah motosikal LC..

Itu satu kenangan terbaik aku.. Korang macam mana? =)
Tapi cerita ni belum habis lagi. Oleh kerana aku baik hati. Aku tak nak sambung lagi.. Di entry kali ini... Aku akan sambung di "Jangan Melintas Seperti Ayam II".. Nantikan ya.. Kepada yang nak nantikan lah.. Yang tak nak.. Jangan dinanti yang tak pasti. Assalamualaikum.

Things That " You" Never Forget


Assalamualaikum kepada si pembaca tidak kira si anu mahupun si polan. Tengah-tengah malam macam ni biasanya adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan selesa hingga terbuai segala mimpi-mimpi indah.

Sambil melayani perasaan mengenang kembali apa yang terjadi hari ni dikala menunggu saat pejamnya mata yang teramat lah sepet. Teringat pulak pada kisah zaman kanak-kanak aku yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Zaman di mana bermain adalah segalanya. "Playing is everything". Bagi aku, zaman kanak-kanak aku adalah zaman yang paling aku rindui. Aku sayang sangat zaman kanak-kanak aku. Pelbagai kenangan bermain di mata aku ketika ini. Ehem... Metafora di situ. Credit untuk aku. =P

Kenangan pertama sekali yang terlintas di kepala aku ni masa aku kena tolak dengan Hafiz, jiran aku yang juga merupakan cucu kepada Atok Melah. Itu jelah namanya yang ku tau sampai sekarang. Atok Melah. Berbalik kepada Hafiz tadi, aku ditolak oleh dia yang lebih kecik dari segi umur dan juga saiz badan sampai terjatuh termasuk terjerumus ke dalam sungai bersama basikal yang aku sorong masa nak seberang jambatan depan rumah. Sekarang dah jadi parit. 

Sangat-sangat memalukan sebab kena tolak dengan budak kecik. Aduhai, apa lah nasib. Satu hari kena mengalan ( baca :: menganjing) dengan abang-abang aku. Pedih-pedih. Malu jangan cakap lah. Enough with that.

Aku jugak sebenarnya salah seorang pemain guli "kidal" yang boleh dikatakan handal berjuang sesama berganding bahu bersama abang-abangku. Setiap kali kami datang ke medan pertempuran guli pasti tidak cukup tangan untuk bawak balik guli ke rumah. Masing-masing ada tempat simpanan guli. Sekarang, guli-guli tu semua dah tersemat bersemadi di dalam "vase" kat sudut rumah aku. Yang besar tau... Bukan vase kecik. Terpandang saja sudah cukup untuk mengimbau kenangan lama zaman kegemilangan aku.

Banyak kisah-kisah aku masa kecik dulu kalau nak diceritakan tapi macam biasalah, takut tak habis-habis cerita nanti. Tak ter"post" entry ni. Tapi aku ada cerita last yang aku nak kongsi. Cerita ni paling sengal lah bagi aku. Sebab aku betul-betul kecewa dengan peristiwa ni. Haha!

Biasalah kan, budak kecik.. Mestilah layan Power Rangers. Hehe! Power Rangers Turbo kalau aku tak silap nama Power Rangers untuk season tu.
Aku teruskan dalam bentuk cerpen versi teramat pendek boleh? Mestilah boleh. Blog aku bukan? Haha!

=================================================

Jam telah pun menunjukkan 6.30 petang. Sudah pastinya masa yang aku tunggu-tunggu pada setiap hari Sabtu. Aku bergegas ke hadapan televisyen untuk menonton siri kegemaran aku. Power Rangers Turbo yang semestinya juga tidak pernah terlepas walaupun sekali.

Aku menukar kepada saluran TV2 kerana saluran itu sahaja yang menayangkan cerita Power Rangers kegemaran aku. Cerita bersiri telah mula dimainkan dan aku juga bertambah gembira.

Tapi malangnya pada hari itu abah, Turiman tidak mempunyai emosi yang stabil. Ditambah pula dengan kerenah abang-abang dan kakak- kakakku yang lain.  Tanpa ku duga, abah menyuruh aku tutup televisyen dan mandi. Aku terpaksa akur dengan arahan yang abah bagi sebab aku tidak mahu menjadi seperti Tanggang. 

Aku tidak berasa marah mahupun sedih kerana sangka ku panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat di tengah hari. Aku kira aku akan dapat menonton siaran tersebut selepas mandi dan sekaligus solat Maghrib. Ku kira siaran tersebut tidak bergerak (pause) setelah ku tutup televisyen. Dan akan boleh bergerak kembali (unpause) setelah ku buka semula.

Setelah selesai semua dilakukan, aku mengajak abangku untuk menonton bersama tetapi abangku enggan. Katanya siaran tersebut sudah tamat.

Apis :: Jom tengok Power Rangers. Tadi tak habis lagi.

Dekjam :: Malas lah. Dah habis dah cerita tu.

Apis :: Mana ada. Aku dah tutup TV dah tadi. Dah berhenti cerita tu. Nak pergi sambung balik lah ni.

Dekjam :: Dah habis lah. Aku tau lah. Aku lagi besar daripada kau.

Apis :: Ada lagi lah.. Degil lah kau ni. Harap je dah besar.. Tapi itu pun tak boleh nak fikir. (dalam hati :: aku dah tutup dah tadi. Bukan nak percaya).

Dekjam :: Kau nak pergi, pergilah. Orang cakap kau degil. Kau nak pergi tengok sangat kan? Pergilah.

Apis :: Nak pergi ar ni. Padan muka kau. Tak nak ajak kau. Menyesal kau tak tengok.

Dengan wajah riak serta berkobar-kobar untuk meneruskan menonton rancangan tersebut. Setelah suis dipasang, aku membuka TV... Jeng.. Jeng.. Jeng..

Setelah hampir satu jam aku duduk di hadapan (ruang tamu), aku masuk ke bilik. Ku lihat abang-abangku sudah tertawa sakan.

Dekjam :: Tu lah kau. Orang tua cakap kau tak nak percaya. Aku kan abang.

Apis :: Mana aku tau! Bodoh punya TV. Asal cerita tadi tak berhenti? Patutnya kan berhenti. Penat aku tunggu kat depan TV tadi. (rupanya memang siaran tu tak berhenti).

Dekjam :: Sejak bila pulak ada TV tunggu cerita? Kau tu je yang ngok. Aku dah bagitau dah tadi. Kau yang degil.

Apis :: Dah lah. Mana aku tau! (Dengan perasaan marah + malu yang teramat sangat) Muka pun merah padam. =(

========================================================================================

Kesimpulan daripada cerita di atas :-

1. Aku dapat pengajaran bahawasanya siaran TV tetap berjalan walaupun "plug" dimatikan.

2. Jangan melawan cakap orang. Malu diri sendiri nanti.

3. Itu lah kenangan paling hampeh sekali pernah aku ada. Sangat-sangat malu.


Itu saja kisah aku buat masa ni... Kalau aku tiba-tiba nak buat post part II pulak.. Aku post okay? Cuuun...

Tuesday, February 22, 2011

Aduhai Dunia Kerja

........
Assalamualaikum dimulakan sekali lagi sebagai pembuka kata. Selamat petang! (mood :: extuk = excited + mengantuk). Tajuk pun dah macam haremm!.

Sambil didendangkan lagu Ah! Rindu Lagi oleh Amelina buatkan aku makin tak keruan nak buat apa sebab sangat amat most energetik lagunya (membayangkan video klip). Bukan selalu dapat layan dangdut macam ni. Dah ada peluang balun sudah.

Dem! Otak aku tidak dapat berfikir dengan straight, lelagi kalau berkait even sipi-sipi pun dengan kerja. Amat "memilukan" sangat.

Goalkeeper :: Jangan.. Jangan nembak gue.. Gue enggak bersalah.
Ultraman :: Bzzzttttt....
There's says that mesti ada wanita yang menyokong di sebalik seorang lelaki yang berjaya/successful dan segala-gala "fool" (bace :: ful) yang ada. Dulu, masa belajar mesti ada yang push aku buat kerja. Dan sudah semestinya kerja itu jalan. Kalau tidak? Menahan lah telinga "kau" kena panahan ultra echo sound daripada dia yang sudah tentu lagi kuat daripada pancaran laser Ultraman yang juga menyerang penjaga gol Indonesia ketika perlawanan bola sepak menentang Malaysia. Pelik sungguh Ultraman berjaya menjejakkan kaki ke sini. Sebab itulah kerja itu berjalan  atau padan dengan muka aku kena serang! Aduhai...

Sangat kemalasan lelagi sumber Internet (InED -USMB Dwelling 12) yang unlimited untuk mendownload movie, music, games dan eksektra atau bahasa lainnya segala macam lagi bahan yang ada dekat Internet. Tapi kan, aku rasa baik guna eksektra (ect.) saja. Pasti lagi mudah dan mesra alam bukan? Setuju tak setuju? Kalau setuju, kita bakar! Bakar! Bakar! (Hantu Kak Limah Balik Rumah).

Ditambah pula hiburan-hiburan lain seperti lagu-lagu yang mendayu-dayu, mengasyikkan, merancakkan, memecahkan kepala hutak (otak) dan segala me.... yang ada lagi. Diadd pula setelah ditambah sebentar tadi dengan tv series hasil daripada mendownload juga hasil daripada sedutan berkuasa tinggi menggunakan pendrive daripada panduan keras yang juga lebih dikenali sebagai hard drive kepunyaan Zul Amali Noh.

Tidak hanya sampai di situ... Masih ada hiburan yang pastinya melekakan aku dan clan InED yang lain sehinggakan tidak pandang atas bawah kiri kanan. Sudah pastinya, Defence of The Ancients (DoTA). Biasanya aktiviti ini dijalankan ketika semua staff keluar untuk berehat dan mengisi perut mereka yang berbunyi-bunyi kerana menahan kelaparan terlampau. Dan sebagai tambahan di kala aku memang dah tepu otak selepas memerah sampai dah tak boleh nak perah. Berapa banyak perah da.... Aku akan meneruskan aktiviti dengan melarikan aplikasi PES 2010 World Cup Edition. Sudah tentu aku akan bermain bola maya sampai waktu balik.

Kesimpulannya, sebenarnya aku saja nak ceritakan rutin harian semasa praktikal di InED Intekma Resort ini. Bukanlah semata-mata untuk menceritakan betapa dem! nya otakku ini. Tahniah! Kepada sesiapa yang dapat mengagak tentang post ini. Kepada yang tidak dapat mengagak. Jangan berduka lara. Masih banyak lagi peluang. Teruskan usaha anda. (O_O).

Kawasan InED

Monday, February 21, 2011

Jadikan Aku Yang "Kedua"




Assalamualaikum dimulakan sebagai pembuka bicara seindah kata semanis dan secukup rasa. Aku pun tak tahu lah macam mana idea ni boleh masuk dalam kepala otak aku ni di tengah-tengah malam yang gelap setelah segala lampu dipadam (bace :: ditutup ) suisnya.. Semua dah tidur. Kini, tinggal aku sendiri.. (Sempat nyanyi pulak lagu Sendiri nyanyian May). Chewah. Tau lah semalam baru karaoke (bace :: karok) sampai suara hilang sekejap.

Kekasih gelapku

Tengok tajuk lagu pun rasa pelik bukan? "Jadikan Aku Yang Kedua" Memang pun pelik. Haha! Whatsoever. I don't even give a sheet. (shit). Lalala~~~

Pernah tak dalam hidup korang.. Korang ada perasaan suka pada seseorang but not in the slightest vice versa. Faham tak? Kalau tak faham aku boleh terangkan dengan sejelas-jelasnya dengan lampu suluh. Kalau tak terang lagi aku pasang je lampu pendaflour (tak boleh nanti k*** bukan nama sebenar marah). Haha!

Maksud yang aku cuba nak sampaikan tadi adalah seperti bertepuk sebelah tangan. (Metafora jugak) Adehh! Bertepuk sebelah tangan tidak menghasilkan bunyi bukan? Kenapa tiada bunyi terhasil and tiada apa-apa berlaku? Sebab tiada kesan geseran yang berlaku kepada tangan. It's that simple. Iye ke? Itu ke teorinya. Entah-entah! Korang tanya Mr. Google sendiri lah. Tak pun, kalau lagi rajin. Search through balik buku sains masa sekolah dulu.

Love is not science but certainly it has something to do with it. Perhubungan/Percintaan mengaplikasikan teori geseran tadi. Jika sebelah pihak sahaja yang beriya-iya. Peratus untuk hubungan berjaya adalah 20% below. (Just guess). Tak payah nak sahihkan sangat segala betul ke tak.

Persoalannya, salah ke mencintai mereka yang dicintai? Kalau itulah soalannya, tepuk dada tanya hati. Mesti korang kata tak salah kan. Klise bukan? Tapi betul bukan? Sama lah kita. Bagi aku, tak salah kalau nak suka pada lelaki/perempuan yang suka/sayang/cinta pada lelaki/perempuan lain. Sebabnya, aku tak nak dianggap bersalah memiliki perasaan tersebut.

Pernah dengar lagu Astrid? Entah-entah nama artis ni pun korang tak tau bukan? Haruslah kan? Oh, don't worry. Just click the picture link bawah "picture" and everything is done. Shall we? And be my guest.

Inilah Astrid. Comel bukan? Astrid!! (gaya :: peminat fanatik) =P

Antara bait-bait dalam lagu yang penuh dengan melodrama dan juga drama king. Ok, aku mengarut! Antara baitnya adalah... "Jadikan aku  yang kedua." What? Wadehel? Korang suka ke jadi yang kedua? Sanggup ke berkongsi kasih? Or korang lebih rela@prefer menambat hatinya.

Aku rasa itu jelah apa yang aku cuba karutkan kat sini macam apa yang tukang karut buat. Aku pun tak tau dah mana hala tuju entry ni. Hope korang faham lah. Ye dak? Tak faham takde point lah baca kan?

Kepada yang kat luar sana. Semoga berjaya memiliki cinta hari anda. Untuk aku? Aku just nak cakap. "Awak.. Saya suka sama awak. Sudah terlalu lama saya pendam rasa." Sadis seyh ayat. =P. Itu saja. Lepas tu, biar segalanya berjalan dengan sendirinya. Jika dia  mahu aku? Pasti dia akan consider. Kalau tak? Faham-faham jelah ya. Pintu keluar sebesar 10 inci tinggi tersergam megah gagah sedia menerima anda. Anda layak blah! je dari hatinya. Got it? Cuuuun... Terbaik wok!

Friday, February 18, 2011

Kawan @ Kekasih

Assalamualaikum dihulurkan sebagai pembuka bicara.. dan.. apa-apa lah yang tak terbuka lagi tu..

Sebenarnya langsung takda benda dalam setiap sudut otak saya pun nak cerita..
Tapi tetap nak wat kerja lain pulak.. Memandangkan aku dah berjaya melawan Putty dan juga tab content..
Dah hampir 70% siap implement dekat server.. Cuuuunn..

Dah-dah.. Cukup sampai situ.. Kalau cakap lebih-lebih nanti takut korang tak mengerti @ memahami @ understand understood melutut tak terdaya nak memikirkan apa yang cuba disampaikan di sini..

Risen :: What are you talking man?? Cukup-cukup la tu..

Meister :: Ok-ok.. Here are the story how I met your mother.. Haha! Nak cerita tak nak?
       Cerita tentang aku dia dan kamu.

Did you ever wonder what will happen to your life if you chose the other choices that you have made in your life? Boleh jadi hidup anda akan jadi lebih baik bukan? Boleh jadi juga hidup anda akan terus diselubungi mimpi-mimpi ngeri, tragedi, heart breaking story and so on. (Korang list lah sendiri).

Tapi.... 

Bukan itu juga yang saya nak sampaikan.. Mukadimah bukan main panjang lagi.. Input?? Hampeh..
Jangan marah sesape yang baca.. Kalau tak nak dan tak mahu teruskan, still ada masa nak tekan (bace :: klik) button "x" kat bahagian atas belah kanan tu.. Kalau nak baca lagi.. Teruskan lah yer..


                             ::::: Kisah Bermula :::::

(wadehel?)

Pernah tak korang dengar ayat kat bawah ni.. Tidak kira ayat-ayat ni keluar dari mulut si anu mahupun si polan.. 

Soalan :: "You asyik lebihkan kawan-kawan you je, I you biar je sorang-sorang.. sekarang I nak you pilih..! I (awek/pakwe @ kekasih @ buah hati pengarang jantung) or kawan-kawan you!".

(versi si bf/gf type)
A :: "Sayang.. you tak boleh buat I macam ni.. I sayang you.. Dah tentu I pilih you sayang".

(versi kawan setia)
B :: "Maaf.. i bukan nak sakitkan hati you.. Tapi saya bukan siapa-siapa tanpa kawan-kawan I".

(versi lalang)
C :: "You.. janganlah macam ni.. I sayang you.. I sayang kawan-kawan I.. Dua-dua I pilih". 

Klise bukan? Sangat-sangat tau.. Korang pilih lah mana-mana jawapan yang korang rasa kena dengan jiwa dan sanubari korang.. Mungkin meluat tengok ayat-ayat kat atas ni.. Tapi itulah hakikat yang korang kena terima.. Tapi..... Ada jawapan lagi menarik..

Which is last but not least....

(versi entah pape entah)
D :: I pilih KLCC.. (Wadeheck?)

Haha! pastu ley pulak wat adegan "pelik-pelik" tengah-tengah public di tepi jalan yang busy dan dirakam oleh teman sendiri. Aduhai... Manusia-manusia..


                          :::::: Cerita Tamat ::::::


Dalam hidup ni, kita memang tak boleh lepas dari buat keputusan @ memilih. Sebab memang dah menjadi lumrah dalam hidup. Yang membezakan kita semua adalah.. Macam mana kita memilih dan apa yang kita pilih.. So, bijak-bijak lah memilih.. Jangan biarkan hidup kamu semua diselubungi misteri..

p/s @ nota kaki:: Be a wise man.. Choose the right one of all the choices.. =P

Thursday, February 17, 2011

Dikala Dikali Dibilang Bilang

Sang "Air-Cond"



Tatkala sang "air-cond" meniup lembut angin memenuhi ruang bilik memberi ketenangan ke dalam lubuk jiwa yang nampaknya tenang (kacau selalu) terus bekerja tidak mengenal erti penat. 








Sambil menikmati air horlick panas yang dah sejuk sejak dari tadi. Setiap hirupan membasahi tekak melegakan hati dan minda.. Dan sekali lagi menulis disebabkan Fallen Salvatore.. Kegirangan serta amat eager untuk mengePOST post yang baru setelah mendapat bahan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.. (I LIKE!)



TAPI....

Antara sebab yang utama post ini berada di blog kerana @ bikos @ akibat setelah terkena gangguan emosi setelah berhempas pulas mengerah sedikit sahaja keringat dan juga mengerah memerah otak yang berada tepat di kepala tuannya ini.

Sambil ditemani lagu-lagu yang dimainkan menggunakan tetingkap pemain media (Windows Media Player) tetap tidak mampu untuk menenangkan jiwa yang makin kacau. The deeper I try.. The deeper I go.. Dah sehabis dalam dah fikir.. Tak dapat-dapat juga.. Acane ni..?

PHP oh! PHP... Saya sangat sayang sama kamu.. Kenapa kamoo buat saia macam ini ma?? Manyak susah saya fikir pasal kamu.. Susah sesah.. Kamu jangan tucing mucing mengucing yer.. Saya tak marah pun.. Just ingatkan je.. (Errkk?? Macam kenal jek?? Haha!)

Oleh kerana saya telah belajar bersama Fallen Salvatore dan rakan-rakan lain.. Antaranya.. Ramdani a.k.a Dani M Noor yang juga merupakan salah seorang atlet pemain yang kecundang dalam acara bowling di Ole-Ole baru-baru ini.. Dan juga Adi An Fadzil.. Tak tau nak di link kan ke mana.. Link kedua mungkin.. Haha! Mungkin bernas..

Kami telah belajar bahawa menulis dan berbual dapat mengurangkan tekanan emosi.. Kalau diterjemahkan dalam bahasa ink geris.. Bunyik dia lebih kurang macam nilah.. Writing and talking can ease emotional pains.. Cuuuuun... Sangat cool apa yang saya belajar hari ini.. Sebab itu juga lah saya menulis ini... Sebab tengah sakit hati sama itu Putty.. Sama itu Uploader JQuery.. Sama itu Pagination.. Nasib baik lah kau ku perlukan.. Haha! Dah-dah.. Da penat la nak membebel, mengarot dan sebagainya yang sewaktu dengannya..

Dan dengan sebab itulah.. Cau Sin chi (Shin Chan)..~~~~ =P

Wednesday, February 16, 2011

Operasi Black Ops :: Aku Diserang

(sekadar hiasan)
Assalamualaikum kepada semua (berbual macam ada orang baca jek blog ni). First of all, thanks and give credit to... Fallen Salvatore @ Si Psikopat Chenta. Kenapa?? Sebab DIA lah yang menjerumuskan aku kembali untuk melibatkan diri dalam kancah menulis (read as :: menaip) untuk blog ini.

The story begins..

Sifat cemburu adalah naluri manusia yang sememangnya amat dan sangat-sangat sukar dibendung. Ada yang kata lelaki kuat cemburu. Ada yang kata perempuan kuat cemburu. Mana satu betul? Ahh.. Buat penat otak dan buang masa saje fikir pasal semua tu.. Dua-dua sama je.. CEMBURU.. Yang bezakan just pandai tak pandai je nak kawal. Tapi bukan erti@makna cemburu aku nak cerita.. Tapi..

Pernah tak korang didatangi oleh lembaga tidak kira lelaki mahupun perempuan yang juga merupakan pakwe@makwe ex korang sekarang selepas korang breakup tak kira la berapa lama pun?? Sebulan?? Dua bulan?? Seminggu?? Sehari?? dan dot dot dot....

Di petang nan indah lagi permai merupakan masa yang amat sesuai untuk pergi ke tasik cuci-cuci mata memasuki@menjelajah@meneroka alam maya (mukabuku je padahal) setelah seharian penat bekerja.

Mood :: sangat bahagia =D

Dengan cara yang agak sopan lagi berhemah (aku bayangkan) hakikatnya sangat berbeza. Di sesawang fesbuk aku di interrogate. Boleh pulak... Nak uji tanya bagai... Ingat aku bahan kajian ke?? Dan dgn tanpa segan silunya. Seronok-seronok dia ckp.. 

DIA :: "aku.... x berapa selesa ko rapat dgn minah (bukan nama sebenar)..". 

AKU :: "erkk???" (wadehel!!! kwn aku kot.. mcm isteri dia jek nk igtkan segala..).

DIA ::  "it's ok.... kalau nak berkawan. saya tak kisah... tapi jaga k... sebagai seorang kawan.. aku just bagi peringatan..".

AKU :: "aku tau lagi la batas berkawan... kalau takut sangat orang kacau.. nikah la cepat-cepat..".

=====     =====

Tak cukup dengan bagi peringatan.. Dia bagi nasihat pulak.. Behave. What??? Really?? Aku tak cukup behave ke?? Aku ada kacau awek ko ke? (nada :: sangat-sangat menganjing) Takda la... Aduhai.. Sudah-sudah la... Saya tak kacau okay?

Pesanan buat gadis-gadis@jejaka-jejaka yang lain. Tolong lah.. Elak kan lah wat benda-benda tak berfaedah ni.. Jaga jelah pakwe@makwe korunk tu elok-elok. Tak lari nya kalau korunk bagi perhatian korunk pada dia.. Baru dia rasa dihargai.. Okay??

Anyway... Atas dasar prihatin dan sifatku yang semula jadi baik (ye ke?).. Selamat bertunang kepada korang.. (kecewa aku.. haha!)..

adui.. takde bakat langsung nk toolist blog ni.. cerita berterabur! haha! x dulik.. yang penting dapat toolist.. =P