Assalamualaikum kepada peminat-peminat blog ni tanpa mengira umur dan juga kepada bukan peminat (sambil buat muka kerek mintak penampar). Selamat malam juga kepada anda sebab masa aku "too list" entry adalah tak lain tak bukan, malam. Enough with the intro. Just the same from before. How lame... Boring...... (expression :: sangat annoying).
Macam @ seperti yang korang dah nampak dengan jelas dan nyata, tajuk entry kali ni adalah "Sambutan Hari Lahir Yang Pertama". Kenapa tajuk ni seyh? Mustahil lah aku boleh ingat masa umur aku satu tahun. Memang mustahil! Aku pun tak tau macam mana aku masa umur aku satu tahun. Tapi... Oleh kerana aku ada jurus handalan, aku boleh ingat macam mana exactly sambutan hari lahir aku yang pertama. Terer (baca :: handal) tak aku? Aku boleh ingat. =D
Sedap gila kek ni. Secret Recipes plak kan.. Korang ade? Tapi... Bukan kek aku. |
Sambutan hari lahir aku yang pertama di sambut pada tanggal 30 Julai 2008.. Itulah kali pertama aku dapat apa yang insan-insan lain dapat. Sambutan hari lahir. Sadis bukan? Sadis gila-gila.. Sebab tu aku boleh ingat apa yang berlaku sepanjang majlis tu. Penantian aku selama 17 tahun telah berakhir pada hari tersebut even lambat satu hari daripada tarikh sebenar. But.. Wadehel? Aku dah dapat apa yang selama ni aku tak dapat bukan. So, bila aku nak buat list benda yang aku pernah buat, aku boleh checked (tandakan betul) untuk birthday party. Jangan jealous mealous tau.
Oleh kerana inilah kali pertama aku dapat birthday party, mereka (akak, abang, mak, abah kerja tak silap, anak sedara) buat tempahan @ reservation kalau diterjemahkan ke dalam bahasa "ink-grease" dekat Kampung Pasifik Campuran Kentucky Fried Chicken (KFC). Wow! Dapat makan besar aku. Ditambah seri bunga mewangi. Ceh! Ada lah decoration yang KFC tu buat. But.... Nice.... (mood :: sangat riak dan annoying as always).
Tak cukup dengan tu, majlis diserikan lagi dengan kek daripada Secret Recipes tau. Oppss.... almost forgot! The cakes got chocolates too. Lot's and lot's of it... MMMMmmmm.... Sedapnya... (terasa nikmat setiap cebisan kek). Mesti korang tau kan rasa kek Secret Recipes macam mana...
All of this is more than for me but that's not all kata mereka. Benda paling asas dan paling utama keluar daripada mulut pepara wanita which is...... "Awak.. Hadiah hari jadi saya tak ada?". Ye... Aku dapat hadiah-hadiah (memang banyak) daripada family aku. Cukup satu set untuk aku berlagak macam orang kaya baru (OKB). Hadiah mana aku patut bagitau dulu ye? Hmmm.. I got an idea! Baik aku listing je lagi senang. Tak memeningkan otak kedua-dua belah pihak (Korang yang tengah baca dan aku).
1 :: Sebuah motosikal (Wave 125) hadiah daripada ayahandaku dan bondaku tercinta. Even dia tak ada masa tu. Motor tu dibawa oleh abang aku ke KFC tersebut. Ku fikir motor dia. Tapi.. AKU PUNYA!!!.
2 :: Sebuah Sony PlayStation II yang juga merupakan idaman hatiku pada waktu dan ketika tu. Sengat-sangat terharu.. Sekian lama aku menanti untuk memiliki benda tu. Akhirnya tercapai jua. Abang-abang aku memang terbaik! Sekarang mungkin dyorang dgn anak sedara aku yang kerjakan "game" tu. Takpe.. Aku kan baik hati.. Sarkastik seyh kau..
3 :: Akak aku yang pertama buatkan kek kukus coklat untuk aku menelan kak umah. Kek coklat yang dia buat memang sedep!! Kalau dia nak jual pun buleh. Tapi tulah.. Bukan senang nak berniaga sebab dia pun bekerja. Selain tu, dapatlah aku sehelai kemeja jenama ............ Santek tu..
4 :: Last but not least, akak aku lagi sorang bagi kasut jenama ............ Wow! Dia tau yang adik dia ni memang kaki gatal berjalan. Memang dan sesangat sesungut tak sah lah kalau tak melekat kat rumah. Asyik berjalan je...
p/s :: Jenama @ brand kemeja dan kasut adalah sama.. _ _ _ _ .. Korang teka lah sendiri. Aku tak nak lah nanti korang kata aku riak pulak kan nak bagitau segala. Okay? Aku dapat jenama Nike.
Lepas habis je parti hari jadi aku tu, kami beramai-ramai meramaikan tempat yang memang dah sedia ramai dengan orang ramai. Berapa banyak ramai daa... Kami pergi.. BOWLING. Of course, aku sebagai birthday boy tidak perlu mengeluarkan sesen pun. Haha! Macam Raja Sehari. Sudah semestinya dan dah tentu sangat-sangat saya tidak memenangi (baca :: kalah) permainan Bowling tu sebab saya tak pandai main. Haha! Sadis seyh. Apa pun tak boleh.
SO..... Macam tulah kisah yang berlaku masa birthday party aku yang pertama. Cuuuuun bukan? Jeles tak.. Jeles tak..? Should be.. Haruslah (nada :: macam wawa)... Tapi... ada satu je masalah.. Semua yang korang baca start daripada KFC tu tadi adalah bohong belaka. Aku saja je nak tengok korang tertipu tak tertipu dengan cerita aku yang aku rasa agak meyakinkan walaupun sikit. Haha!
Oleh kerana aku takut mungkin ada yang akan baling kerusi meja pinggan mangkuk pada aku nanti bila jumpa. Aku belanja korang tips untuk mengurangkan rasa marah. Cubalah.. Mana lah tau berkesan..
1 :: Tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam.. Hembus perlahan-lahan.. Ulang 3 kali tau.
2 :: Buat mimik muka macam ni ( =D ) selama 3 minit. Lebih mujarab buat depan kawan-kawan.
Itu saja tips kita pada hari ini ya tuan-tuan dan puan-puan. Pasti berkesan untuk gaya hidup yang sihat. Gerenti dyorang cakap korang gila tiba-tiba senyum sorang-sorang.
Apa-apa pun aku nak habiskan cerita aku.. Cerita yang sebenarnya.. Kali ni korang boleh percaya. Sebenarnya birthday aku sambut kat rumahku syurgaku.. Tiada tempat lain yang buat aku seperti berada di rumah (dah memang kat rumah) dan lebih buat aku bahagia.
Aku baru balik dari kem motivasi apa entah. Tak ingat la pulok! Mereka kata rumah gelap tak ada elektrik. So, aku pun percayalah... Yang geramnya tu, jiran-jiran pun turut bersubahat mematikan lampu dan semua elektrik kat rumah. Sangat jahat tapi indah-indah belaka..
Setibanya di rumah. Aku bukak pintu jek, dan-dan terus dyorang nyanyi..
Happy Birthday to YOU..
Happy Birthday to YOU..
Happy Birthday to APIS..
Happy Birthday to YOU..
Korang agak apa reaksi aku masa ni? Betul... Betul sekali.. Masuk terus ke dalam rumah dengan muka merah menahan malu.
Meister :: Apa lah.. Dengan family sendiri pun malu. Hampeh!
Risen :: Nak buat macam mana? Dah memang malu.
So, kami pun buat lah apa yang selalu ada kat mana-mana birthday. Tiup lilin, potong kek, makan. Part yang best sekali. Akak aku memang buat Kek Kukus Coklat yang aku suka tu. Masak Mee Hoon Goreng, Nasi Goreng, Ayam Goreng, Nugget, Sosej, Kentang dan macam-macam lagi yang pastinya membuatkan anda semua terliur di pagi hari ini. What? Ya.. Dah pagi dah. Sampai ke pagi aku buat entry ni. Lama tu...
Hadiah? Korang nak tau hadiah apa yang aku dapat? Taklah mahal macam senarai kat atas-atas tadi. Tapi aku dapat yang lagi mahal. Mitsubishi Lancer. Nampak sangat menipunya. Haha! Tapi nilah hadiah yang paling mahal aku dapat. MEREKA! Mereka lah hadiah aku yang paling bernilai sekali. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menghadiahkan mereka padaku walau hanya seketika.
Aku tak kisah segala harta yang ada kat dunia ni. Aku lebih sayang mereka dan "of course" hari jadi pertama aku adalah the best day ever happened in my life. So, chill. Sit back and relax. Assalamualaikum..