Assalamualaikum dimulakan sebagai pembuka bicara seindah kata semanis dan secukup rasa. Aku pun tak tahu lah macam mana idea ni boleh masuk dalam kepala otak aku ni di tengah-tengah malam yang gelap setelah segala lampu dipadam (bace :: ditutup ) suisnya.. Semua dah tidur. Kini, tinggal aku sendiri.. (Sempat nyanyi pulak lagu Sendiri nyanyian May). Chewah. Tau lah semalam baru karaoke (bace :: karok) sampai suara hilang sekejap.
![]() |
| Kekasih gelapku |
Tengok tajuk lagu pun rasa pelik bukan? "Jadikan Aku Yang Kedua" Memang pun pelik. Haha! Whatsoever. I don't even give a sheet. (shit). Lalala~~~
Pernah tak dalam hidup korang.. Korang ada perasaan suka pada seseorang but not in the slightest vice versa. Faham tak? Kalau tak faham aku boleh terangkan dengan sejelas-jelasnya dengan lampu suluh. Kalau tak terang lagi aku pasang je lampu pendaflour (tak boleh nanti k*** bukan nama sebenar marah). Haha!
Maksud yang aku cuba nak sampaikan tadi adalah seperti bertepuk sebelah tangan. (Metafora jugak) Adehh! Bertepuk sebelah tangan tidak menghasilkan bunyi bukan? Kenapa tiada bunyi terhasil and tiada apa-apa berlaku? Sebab tiada kesan geseran yang berlaku kepada tangan. It's that simple. Iye ke? Itu ke teorinya. Entah-entah! Korang tanya Mr. Google sendiri lah. Tak pun, kalau lagi rajin. Search through balik buku sains masa sekolah dulu.
Love is not science but certainly it has something to do with it. Perhubungan/Percintaan mengaplikasikan teori geseran tadi. Jika sebelah pihak sahaja yang beriya-iya. Peratus untuk hubungan berjaya adalah 20% below. (Just guess). Tak payah nak sahihkan sangat segala betul ke tak.
Persoalannya, salah ke mencintai mereka yang dicintai? Kalau itulah soalannya, tepuk dada tanya hati. Mesti korang kata tak salah kan. Klise bukan? Tapi betul bukan? Sama lah kita. Bagi aku, tak salah kalau nak suka pada lelaki/perempuan yang suka/sayang/cinta pada lelaki/perempuan lain. Sebabnya, aku tak nak dianggap bersalah memiliki perasaan tersebut.
Pernah dengar lagu Astrid? Entah-entah nama artis ni pun korang tak tau bukan? Haruslah kan? Oh, don't worry. Just click the picture link bawah "picture" and everything is done. Shall we? And be my guest.
![]() |
| Inilah Astrid. Comel bukan? Astrid!! (gaya :: peminat fanatik) =P |
Antara bait-bait dalam lagu yang penuh dengan melodrama dan juga drama king. Ok, aku mengarut! Antara baitnya adalah... "Jadikan aku yang kedua." What? Wadehel? Korang suka ke jadi yang kedua? Sanggup ke berkongsi kasih? Or korang lebih rela@prefer menambat hatinya.
Aku rasa itu jelah apa yang aku cuba karutkan kat sini macam apa yang tukang karut buat. Aku pun tak tau dah mana hala tuju entry ni. Hope korang faham lah. Ye dak? Tak faham takde point lah baca kan?
Kepada yang kat luar sana. Semoga berjaya memiliki cinta hari anda. Untuk aku? Aku just nak cakap. "Awak.. Saya suka sama awak. Sudah terlalu lama saya pendam rasa." Sadis seyh ayat. =P. Itu saja. Lepas tu, biar segalanya berjalan dengan sendirinya. Jika dia mahu aku? Pasti dia akan consider. Kalau tak? Faham-faham jelah ya. Pintu keluar sebesar 10 inci tinggi tersergam megah gagah sedia menerima anda. Anda layak blah! je dari hatinya. Got it? Cuuuun... Terbaik wok!


2 comments:
i like this song !
kan da lama lgu ni, so aku taw lagu ni mse sekola.
mse tu pon klau minat lgu xde la "hayati lirik" tu.
asalkan bunyi sedap pon bole jalan.
haha.. tau ea? layan jek ea lagu ni.. download la lagu... tggu apa lagi.. hehe..
Post a Comment