Wednesday, April 27, 2011

Dulu Kecik Kau Macam Mana?



Perjalanan kehidupan masa lalu




Assalamualaikum.. Sebelum memulakan bicara sepatah empat puluh plus plus kata.. Aku nak creditkan penghargaan kepada owner blog HaaaaCiiiiUmm!! dan Conteng-conteng kerana idea menulis daripada mereka.. Hehe! Sibuk jek nak tiru orang.. Haha!

Cerita ni berlatarbelakangkan kawasan perumahan di Kampung Melayu.. Latar bunyi biasanya bunyi ayam saja.. Latar masyarakat, rata-ratanya masyarakat Melayu.. Dah macam komsas Bahasa Melayu pulak..

Aku nak cerita macam mana perangai aku dan cerita-cerita aku masa aku kat tadika dulu.. Eh? Tabika ke tadika ek? Dulu-dulu masa zaman Tok Kaduk kecik-kecik dulu, aku panggil tadika.. Tak kesah lah pun kan..

Aku ada habit yang sangat jahat masa sekolah tadika dulu.. Masa tadika kan mesti ada masa bermain kan? Mas a tulah masa kegemaran aku........ Sebab... dapat main lah.. Lepas main, mesti ada barang yang hilang.. Semua gara-gara kawan aku punya kawan sebelah.. Which is.. AKU..!! Haha!

Masa tadika dulu.. Aku suka sangat bawak balik mainan, dari sekecil duit syiling plastik.. Hinggalah sebesar kotak tanah liat aku bawak balik untuk aku main kat rumah.. Huhu.. Tujuan aku curik bawak keluar duit tu dengan harapan aku dapat beli makanan ringan(sebut :: jajan) kat kedai tepi jalan simpang empat antara Jalan Utama dan Jalan Rahmat.. Last-last.. Makcik tu kata..

Makcik :: "Duit ni mana laku dik.."

Aku      :: Dengan muka terpinga-pinga (jajan dah terbukak, dah makan dah pun).. Aku terdiam..
                "Emm, boleh hutang tak makcik? Esok saya bayar.." 
                (dengan income yang aku dapat setiap hari, mustahil aku dapat bayar)

Bakal hak milik kekal.. Untunglah kalau dapat..


Tong.. tong.. tong tong tong.. Tong tong tong.. Tong.. (Ni bukan bunyi loceng menara tau.. Ni bunyi motor Vespa JH 1477 kepunyaan bapak aku.. Alamak..!!)


Abah    :: "Beli apa tu? Dah bayar belum?"

Aku      :: Sekali lagi aku terdiam..... Aku gagahkan diri untuk bercakap.. "Emm..."
                 Belum sempat aku berkata-kata.. Makcik mencelah..

Makcik :: "Ni ha, dia bayar pakai duit ni beli jajan.. Mana laku.." Sambil menunjukkan syiling 
                 plastik di tangannya..

Tanpa berkata-kata, abah terus keluarkan duit dan membayar duit jajan aku beli tadi..

Aku naik motor dan duduk kat port biasa aku.. Motor Vespa terus meluncur laju pulang ke rumah..

Dan.... untuk pengetahuan korang.. Income aku masa tadika adalah sebesar RM0.00... Sebab masa tadika kan ada rehat.. Dapat makan free.. Hehe...!! Sebab tu lah aku tak dapat nak bayar duit jajan tu.. 

End of Part 1.

Jom Couple!

Mari membina cinta kita



Assalamualaikum.. Hah! Kita berjumpa lagi di alam serba maya ni..
Disebabkan tetiba ideologi ni terbit di kepala aku.. Aku terpaksa lah keluarkan dia dari situ dan bawa ke tempat lain.. So, blog ni lah yang jadi mangsa..

Aku ada terbaca dekat kertas(sebut :: paper) Berita Harian yang bertarikh....  Aku pun tak ingat tapi dalam minggu lepas la pasal kisah2 menarik yang berlaku kat Pantai Klebang, Melaka.. Merupakan port paling strategik untuk orang-orang yang gatal telur dah tertunggak bil air tak kira lelaki mahupun perempuan..

Orang pergi pantai sebab nak amati keindahan pantai.. Korang pergi pantai pergi amati pasangan masing-masing.. Apa cer? Oh, dan ya.. Kebanyakannya adalah pasangan duet yang dipanggil "couple".

.:: Kepada couple-couple ::.

- Kepada kalian yang dah memang gersang bernafsu tahap tak tertahan lagi.. Aku syorkan pantai tu untuk korang.. Sebabnya...

1- Lokasi strategik dan menarik
2- Polis tak ronda kat situ (Tapi kalau lepas artikel tu keluar, diorang start ronda.. Nasib korang lah yer)
3- Takda idea dah.. Dua jek aku bagi.. Cukup lah kan..

.:: Kepada tunggal(baca :: single) ::.

Kepada yang single.. Yang bil air tak reti-reti nak bayar.. Moh lah aku tolong korang carikan couple.. Dah dapat nanti.. Korang pergilah langsaikan hutang korang tu sama-sama cikaro korang..
Aku orang pertama yang panggil(sebut :: call) JAKIM, JAIS, JAIM dan segala JA lah yang ada.. Siapa suruh menggedik sangat nak berasmara semai kasih kat public.. Kan dah kantoi.. Haha!

Nota kaki :: Beringat-ingatlah kalau dah ada couple tu ya.. Jagalah dia baik-baik.. Lelaki patut protect perempuan.. Bukan jahanamkan perempuan..

Saturday, April 23, 2011

Remind Me Of Fine Days




Assalamualaikum.. Lama benor rasanya den tak update apa-apa kat blog den ni ha.. Not in a mood.. Hati berkecamuk, jiwa berduka lara, kecewa jiwa merana.. Haha! Enough with that..

Tujuan den mengepost entry ni adalah untuk menunjukkan gratitude kepada seseorang yang memang da boleh dianggap tua abang tapi den tak mau ar.. "ekau kuat membongak jo kojenya.. masak den dengan ekau"..

Risen Salvatore :: Ah, kau ni! Tak payah la nak beremak lidah(baca :: bermother tongue) nogori.. Loghat nogori pun tak tau.. 

Gundam Meister :: Kau ni memang.. Ada jek kau ni nak bahan aku.. Memang tak boleh tengok aku senang kan..


Former City :: Shah Alam (SA)
Current city :: Johor Bahru (JB)

Lepas penat lelah aku bertungkus lumus mengharungi hari-hari berpraktikal di InED Intekma Resort selama 107 hari bersamaan 385200 saat dari 3 Januari 2011 sampai lah 19 April 2011, akhirnya tamat jua.. Sepanjang tempoh berpraktikal, aku menetap bersama dua rakan sepraktikal Dani dan Faizal juga tidak dilupakan penghuni-penghuni Jasperian yang lain.

Hadiah buat kau.. Aku tau kau minat benda teletabis ni kan.. Haha!

OK.. Kembali kepada tajuk utama..  Aku sebenarnya nak bagi gratitute kepada Mohd Faizal Alias @ Fallen Salvatore @ Fallen Alias @ Fall Nish, pemilik blog Psikopat Chenta yang telah banyak mengajar aku sepanjang aku menetap di Shah Alam. 

Perangai dia memang tak terkira buruknya baiknya.. OK.. Aku tipu.. Dia ni kalau tengok biasa-biasa je orangnya.. Tapi kalau korang try operate otak dia tu.. Macam-macam ada.. Daripada sesuai untuk tontonan umum sampailah ke 18SG dan 18SX.. Haha! Jangan marah ya.. Bercakap berdasarkan pengalaman..

BUT.. Dia lah yang banyak ajar aku erti kehidupan.. Apa yang aku belajar? Tak payah tau lah ya.. Dari tajuk cinta sampailah macam mana nak survive kat dunia ni.. Haha.. Kalau kau baca ni Fall.. Terima lah seadanya yop.. Terima kasih banyak-banyak kawan.. Kirim salam mereka-mereka yang bergelar Jasperian dan yang bakal sekali yep..

Pesanan buat kau Fall :: Jangan nak jadi romeo sangat kau.. Curang je.. Aku report sama mereka nanti.. Haha! 

Nota Kaki :: Apa pun tak boleh.. Haha!