![]() |
| Ayam Kak Limah terlepas.. Tangkap!! |
Tengah-tengah aku naik motor dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku teringat lagi peristiwa lama selepas melihat seorang budak melintas jalan raya di hadapan motor kami. Oleh itu, kali ni aku nak post something yang dah lama sangat berlaku. Peristiwa sekitar tahun 2004. Ya.. Semasa aku berada di Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru.
Oppsss... Before that. Sebelum itu. Maaf atas ketidaksopanan aku. Assalamualaikum kepada semua readers dan selamat pagi kepada yang bukan beragama Islam. There, I did it again. Ada ke readers selain kawan-kawan aku? And most of them actually Muslim. Sarkastik sungguh aku. Aku jugak nak ingatkan tajuk entry ni tak ada kena mengena dengan isi. =) Peace!
Aku sambung balik semula cerita aku tadi okay? Peristiwa ni terjadi apabila cikgu ......... Maaf cikgu.. Saya keterlupaan nama cikgu. Tapi tetap kredit untuk cikgu sebab cikgu punca semua tu terjadi. Haha! Macam tragedi pulak.
Buat masa sekarang kita namakan cikgu kita cikgu Halim saja senang. Semuanya bermula bila cikgu Halim menawarkan aku dan beberapa rakan-rakan kelas yang lain semasa waktu rehat.
Cikgu Halim :: Kamu nak masuk pertandingan tak?
Kami :: Pertandingan?? Pertandingan apa tu cikgu?
Cikgu Halim :: Pertandingan Lalu Lintas. Cikgu pun tak tau sangat. Tapi cikgu kena "handle". Nak?
Kami :: Huh? Tak pernah dengar pun cikgu. Tapi boleh kot.
Cikgu Halim :: Ajak lah kawan-kawan yang lain. Cikgu nak dalam 20 Orang. (20 ke? Dah tak ingat pulak).
Bila cerita yang panjang ni dipendekkan, kami pun berjaya mengumpulkan rakan-rakan perjuangan kami. Kami pun diberitahu tentang pertandingan lalu lintas yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tapi.. Yang menyedihkan, tak ada seorang pun yang faham apa benda pertandingan ni. Yang kami semua faham, akan ada yang menaiki kereta kayuh mewakili kereta sebenar, basikal mewakili motosikal dan pejalan kaki mewakili pejalan kaki. Maaf untuk pejalan kaki tetapi anda memang mewakili diri sendiri. Annoy gila aku ni.
Bila cerita yang dah pun dipendekkann dipendekkan lagi....
Tiba lah hari jadi.. Opss.. Hari pertandingan tersebut telah pun tiba. Kami dengan muka "confident" lagi yakin dan "slumber" yang teramat sangat datang bertandang ke JPJ Johor untuk menyertai pertandingan tersebut. Alangkah terkejutnya... Jeng.. Jeng.. Jeng.. Baru ku tau yang pertandingan tu rupanya pertandingan peringkat negeri. Aku mewakili daerah Johor Bahru. Aku mewakili daerah Johor Bahru. Aku mewakili daerah Johor Bahru (mimik muka :: sangat terkejut). Sangat-sangat annoy nak ulang banyak-banyak. Baru aku tau macam mana perasaan mewakili daerah yang tak pernah dikecapi sebelum itu.
![]() |
| Hampeh kena saman (Ini bukan aku) |
Oh, hampir terlupa. Aku mewakili daerah Johor Bahru sebagai penunggang motosikal a.k.a. basikal. Gila sarkastik. Yang lebih menarik dan amat mengujakan kami semua adalah.... Kami hanya belajar asas sahaja. Diulangi.. Asas sahaja kami belajar untuk pertandingan tu. Kami datang tanpa persediaan sedangkan wakil-wakil daerah lain sibuk berlatih memenuhi ruang trek.
| Kereta kayuh Shell =P Kayuh jangan tak kayuh yop! |
Pertandingan pun bermula...
Kami duduk berhampiran trek untuk memerhatikan kumpulan lain bertanding. Banyaknya saman mereka dapat.... Sedangkan mereka berlatih lagi lama.. Apatah lagi kami.. Berapalah saman kami dapat nanti. Tiba giliran kami. Kami buat dengan sepenuh daya dan kudrat serta keringat dicurahkan semasa pertandingan. Tanpa ku duga.. Sangat senang saja rupanya pertandingan itu tetapi tetap merasa pelik kenapa ramai sangat dapat saman?? Wadehel?? Setelah kumpulan kami selesai, kami hanya dapat 7 saman secara keseluruhan. Aku macam mana?? Tak ada saman lah. Maaf kepada sesiapa yang kecewa ingat aku akan dapat banyak saman. In fact, aku lah orang terawal habiskan semua perhentian @ "checkpoint" yang perlu dibuat. Ngee~~
Dipendekkan lagi kepada kemuncak ceritera telenovela ini. Cer cerita cer cerita. Tiba masa untuk penyampaian hadiah. Kami semua tak berharap pun kemenangan sebab kami tau kami tak berlatih.. Tanpa aku duga.. Sekolah kami mendapat tempat pertama sekaligus membawa pulang Toyata Vios setiap sorang. Perghhh... Alangkah indahnya kalau betul.. Korang strike kan sendiri lah ayat kat atas tu. Aku tak sempat. Sekali lagi aku menjadi seorang yang annoying. Hehe! Maaf....
Kami berjaya mewakili Johor untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan. Lagi pencapaian yang tak aku duga dalam hidup. Aku wakil Negeri Johor. Aku wa... Sekali cukup bukan? Takkan nak ulang bebanyak.. Aku juga terpilih sebagai penunggang motosikal terbaik. Basikal je sebenarnya. Itu pun nak kerek. Dapat membawa pulang medal dan sebuah motosikal LC..
Itu satu kenangan terbaik aku.. Korang macam mana? =)
Tapi cerita ni belum habis lagi. Oleh kerana aku baik hati. Aku tak nak sambung lagi.. Di entry kali ini... Aku akan sambung di "Jangan Melintas Seperti Ayam II".. Nantikan ya.. Kepada yang nak nantikan lah.. Yang tak nak.. Jangan dinanti yang tak pasti. Assalamualaikum.


5 comments:
hahaha...cpt2 ckit update ye...
sgt klakar la cte ko pnye pnyebaran..hahaha
syiol je aku jadi bahan.. haha!
ble mse plak kne bahan???
btul pe aku ckp..hahahaha
tekejut je aku baca,ape betul la dpt vios tuh =.="
dapat vios pun apa salahnya.. ye dak? kah3...
Post a Comment