Thursday, February 17, 2011

Dikala Dikali Dibilang Bilang

Sang "Air-Cond"



Tatkala sang "air-cond" meniup lembut angin memenuhi ruang bilik memberi ketenangan ke dalam lubuk jiwa yang nampaknya tenang (kacau selalu) terus bekerja tidak mengenal erti penat. 








Sambil menikmati air horlick panas yang dah sejuk sejak dari tadi. Setiap hirupan membasahi tekak melegakan hati dan minda.. Dan sekali lagi menulis disebabkan Fallen Salvatore.. Kegirangan serta amat eager untuk mengePOST post yang baru setelah mendapat bahan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.. (I LIKE!)



TAPI....

Antara sebab yang utama post ini berada di blog kerana @ bikos @ akibat setelah terkena gangguan emosi setelah berhempas pulas mengerah sedikit sahaja keringat dan juga mengerah memerah otak yang berada tepat di kepala tuannya ini.

Sambil ditemani lagu-lagu yang dimainkan menggunakan tetingkap pemain media (Windows Media Player) tetap tidak mampu untuk menenangkan jiwa yang makin kacau. The deeper I try.. The deeper I go.. Dah sehabis dalam dah fikir.. Tak dapat-dapat juga.. Acane ni..?

PHP oh! PHP... Saya sangat sayang sama kamu.. Kenapa kamoo buat saia macam ini ma?? Manyak susah saya fikir pasal kamu.. Susah sesah.. Kamu jangan tucing mucing mengucing yer.. Saya tak marah pun.. Just ingatkan je.. (Errkk?? Macam kenal jek?? Haha!)

Oleh kerana saya telah belajar bersama Fallen Salvatore dan rakan-rakan lain.. Antaranya.. Ramdani a.k.a Dani M Noor yang juga merupakan salah seorang atlet pemain yang kecundang dalam acara bowling di Ole-Ole baru-baru ini.. Dan juga Adi An Fadzil.. Tak tau nak di link kan ke mana.. Link kedua mungkin.. Haha! Mungkin bernas..

Kami telah belajar bahawa menulis dan berbual dapat mengurangkan tekanan emosi.. Kalau diterjemahkan dalam bahasa ink geris.. Bunyik dia lebih kurang macam nilah.. Writing and talking can ease emotional pains.. Cuuuuun... Sangat cool apa yang saya belajar hari ini.. Sebab itu juga lah saya menulis ini... Sebab tengah sakit hati sama itu Putty.. Sama itu Uploader JQuery.. Sama itu Pagination.. Nasib baik lah kau ku perlukan.. Haha! Dah-dah.. Da penat la nak membebel, mengarot dan sebagainya yang sewaktu dengannya..

Dan dengan sebab itulah.. Cau Sin chi (Shin Chan)..~~~~ =P

No comments: