![]() |
| It's look something like this. |
Assalamualaikum kepada semua readers. As far as yang korang tau, korang nampak dan korang faham tentang tajuk entry kali ni. Boleh teka tak apa yang akan jadi seterusnya selepas ni? Kalau nak tau teruskan lah membaca entry ni sampai termuntah.
Kepada kengkawan semua tidak kira tua muda, miskin kaya, lelaki mahupun perempuan, untuk entry ni aku nak cerita something pada korang pasal proposing (baca :: melamar). Sebelum aku ajak masuk lebih dalam cerita aku. Lebih baik aku bagi sikit definisi melamar. Jeng.. Jeng..
Melamar boleh diberikan makna sebagai meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Seperti yang aku katakan tadi, aku bagi sikit saja definisi melamar. Nak more info, korang boleh je kalau nak gunakan khidmat Mr. Google. So, maknanya aku dah salah erti melamar? Sebab aku bukan jadikan dia isteri tetapi teman wanita. Boleh guna jugak kan. Please let me through this time. Aku memang bukan desperate tau.
Aku nak ceritakan salah satu cara aku "melamar" yang paling tak masuk akal dan paling tak romantik langsung. Of course ramai perempuan yang nak romantik-romantik gitu. So, it's not me. I'm not a romantic person. Sorry to dissappoint you. Gila poyo! Bajet HOT je. Cerita ni aku akan buat secara se"simple" yang mungkin sebab aku tidak mau buat entry panjang-panjang sebab nak kejar masa. Nak tengok perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dan Pakistan.
Ceritanya bermula apabila aku telah membuat keputusan untuk "melamar" si gadis pujaan buah hati pengarang jantung and whatsoever. Aku telah membeli seutas rantai dan sebentuk cincin untuk dijadikan sebagai loket. Harganya.... Tak perlu lah kot kan. Ya.. Ini yang terlintas di akal fikiran tatkala itu.
Aku tau masa tu dia langsung tidak tau menahu tentang ni. Sebab aku nak buat surprise. But, it tooks long enough sebelum aku dapat lakukan babak "melamar" ni sebab masa tu ada jugak saingan daripada lelaki lain. Korang dah besar kan? Faham-faham jelah. Kalau tak faham jugak... Komen lah nanti kita cerita. Okay?
Cuuun..
Hampir sebulan aku simpan rantai tu. Sampai lah satu malam pada tanggal ..................
Macam biasa, kami bersama kawan-kawan lain jalan-jalan strolling pada waktu malam untuk menghirup udara yang segar nan indah pemandangan di bawah sinaran lampu-lampu jalan dan juga sinaran bulan.. Not much to talk about the scene and the storyline. Aku just nak bagitau korang macam mana aku "melamar" je bukan? So, bagi aku tekan button forward kat remote controller kejap. Zzzttttt........
Jam di tangan dan di dinding-dinding mahupun telefon bimbit mungkin sama menunjukkan hampir tiba pukul 12.. So, aku ambil keputusan untuk "melamar" masa tu jugak.. Aku dah tak mahu tangguh lagi. Dengan berbekalkan azam dan semangat waja serta bantuan daripada scenery persekitaran yang dem! what am I doing here. Kat sini ke aku nak "melamar" dia? Di tepi sebuah tabika kemas, di hadapan longkang. Nothing can get any worse. Di longkang itu aku "melamar".
Di saat hampir dia berlalu pergi, aku memanggilnya..
Aku :: Cuba tengok ni, saya jumpa apa? Saya jumpa rantai dengan loket ni tadi masa jalan. Cantik bukan?
Dia :: Ha'ah.. Cantik.. Nampak baru lagi kan?
Aku :: Tau takpe. Cuba awak try. Cantik kot. Saja nak tengok awak pakai cantik ke tak. Dah alang-alang jumpa kan?
Dia :: Taknak lah. Bukan saya punya. Orang punya kan. Awak pun kata awak jumpa.
Aku :: Takpe. Try jelah. Try ea?
Dia :: Ok. Jap. Awak pakaikan boleh?
Aku :: Dengan segan silu tersimpuh malu. Aku pakaikan jugak. Walaupun teramat merah muka masa tu sebab malu.
Dia :: Cantik lah awak rantai ni..
Aku :: Cantik kan.. Awak pakai jelah.. Saya bagi pada awak.
Dia :: Eh? Suka-suka awak je nak bagi pada saya. Bukan awak punya..
Aku :: Awak pakai lah. Saya memang beli untuk awak. Saya nak "melamar" awak jadi teman wanita (baca :: pasangan) saya.
Dia :: Eh? Awak ni janganlah main-main. Orang punya kan. Tadi awak kata awak jumpa masa jalan tadi.
Aku :: Well, macam mana nak cakap ek? Saya tipu. Saya beli untuk "melamar" awak. Saya ada resit. Nak tengok?
Dia :: Emm.. Takpe-takpe. Awak..!! Kat sini awak "melamar" saya?
Aku :: Haha! Tu lah.. Saya pun dah pelik dah. Haha.
Dia :: Saya nak awak "melamar" saya sekali lagi. Betul-betul. Yang real punya. Boleh?
Makan masa 5 minit jugak (Lebih rasanya) nak betul-betul sedia. Al maklum lah. Aku ni pemalu bukan? Setiap kali nak try je mesti tertawa sebab muka dah merah padam. Malu sangat-sangat.
Aku :: Awak.. Sudikah awak jadi teman wanita (baca :: pasangan) saya?
Dia :: Tak.. Tertawa sinis.. Saya setuju..
Yahoo! And that's how I "melamar" perempuan jadi teman wanita. Bila ingat balik, sangat kelakar memandangkan scene yang "menarik". Kredit untuk persekitaran tersebut walau tak berapa nak menarik sangatlah kan.
Macam tulah ceritanya... Cerita aku tak lah best macam Beauty and The Beast, tak juga seindah Cinderella dan macam-macam lagi cerita cinta yang ada. Hanya sekadar berkongsi pengalaman aku. Aku rasa masa dah time untuk tengok bola. So, aku chow dulu okay? Assalamualaikum.
p/s :: last-last panjang jugak cerita akuh. Haha! Whatever! This is my story. Yang tau pasal cerita ni.. Diam-diam je and buat tak tau okay? That means No Name.

6 comments:
hahaha gaya mcm dak tadika :P
budak tadika pon da expert
2 la pasal.. haha!
mcm tau je...hahaha..
shutt...no name....
hahahahaha...
[wlupn men agk je...]..
msti time ko mlamar usah katakan muka ko je merah,segala telinga2 ko pn merah kan..seb bek r dlm gelap...hahahahahahahahahahahaha
HuDa.... muka saja merah ok.. yang laen takde merah2 tau... haha!
HAHAHA comel gyler kowt xD
Hypnotic :: Haha! Yelah tu comel.. Kah3...
Post a Comment