Tuesday, February 22, 2011

Aduhai Dunia Kerja

........
Assalamualaikum dimulakan sekali lagi sebagai pembuka kata. Selamat petang! (mood :: extuk = excited + mengantuk). Tajuk pun dah macam haremm!.

Sambil didendangkan lagu Ah! Rindu Lagi oleh Amelina buatkan aku makin tak keruan nak buat apa sebab sangat amat most energetik lagunya (membayangkan video klip). Bukan selalu dapat layan dangdut macam ni. Dah ada peluang balun sudah.

Dem! Otak aku tidak dapat berfikir dengan straight, lelagi kalau berkait even sipi-sipi pun dengan kerja. Amat "memilukan" sangat.

Goalkeeper :: Jangan.. Jangan nembak gue.. Gue enggak bersalah.
Ultraman :: Bzzzttttt....
There's says that mesti ada wanita yang menyokong di sebalik seorang lelaki yang berjaya/successful dan segala-gala "fool" (bace :: ful) yang ada. Dulu, masa belajar mesti ada yang push aku buat kerja. Dan sudah semestinya kerja itu jalan. Kalau tidak? Menahan lah telinga "kau" kena panahan ultra echo sound daripada dia yang sudah tentu lagi kuat daripada pancaran laser Ultraman yang juga menyerang penjaga gol Indonesia ketika perlawanan bola sepak menentang Malaysia. Pelik sungguh Ultraman berjaya menjejakkan kaki ke sini. Sebab itulah kerja itu berjalan  atau padan dengan muka aku kena serang! Aduhai...

Sangat kemalasan lelagi sumber Internet (InED -USMB Dwelling 12) yang unlimited untuk mendownload movie, music, games dan eksektra atau bahasa lainnya segala macam lagi bahan yang ada dekat Internet. Tapi kan, aku rasa baik guna eksektra (ect.) saja. Pasti lagi mudah dan mesra alam bukan? Setuju tak setuju? Kalau setuju, kita bakar! Bakar! Bakar! (Hantu Kak Limah Balik Rumah).

Ditambah pula hiburan-hiburan lain seperti lagu-lagu yang mendayu-dayu, mengasyikkan, merancakkan, memecahkan kepala hutak (otak) dan segala me.... yang ada lagi. Diadd pula setelah ditambah sebentar tadi dengan tv series hasil daripada mendownload juga hasil daripada sedutan berkuasa tinggi menggunakan pendrive daripada panduan keras yang juga lebih dikenali sebagai hard drive kepunyaan Zul Amali Noh.

Tidak hanya sampai di situ... Masih ada hiburan yang pastinya melekakan aku dan clan InED yang lain sehinggakan tidak pandang atas bawah kiri kanan. Sudah pastinya, Defence of The Ancients (DoTA). Biasanya aktiviti ini dijalankan ketika semua staff keluar untuk berehat dan mengisi perut mereka yang berbunyi-bunyi kerana menahan kelaparan terlampau. Dan sebagai tambahan di kala aku memang dah tepu otak selepas memerah sampai dah tak boleh nak perah. Berapa banyak perah da.... Aku akan meneruskan aktiviti dengan melarikan aplikasi PES 2010 World Cup Edition. Sudah tentu aku akan bermain bola maya sampai waktu balik.

Kesimpulannya, sebenarnya aku saja nak ceritakan rutin harian semasa praktikal di InED Intekma Resort ini. Bukanlah semata-mata untuk menceritakan betapa dem! nya otakku ini. Tahniah! Kepada sesiapa yang dapat mengagak tentang post ini. Kepada yang tidak dapat mengagak. Jangan berduka lara. Masih banyak lagi peluang. Teruskan usaha anda. (O_O).

Kawasan InED

No comments: